in ,

Miera Leyana Nafi Bercinta Dengan Hussien?

Pelakon Miera Liyana menafikan khabar angin kononnya dia bercinta dengan seorang jejaka bernama Hussien. Siapa Hussien? Lelaki ini bukanlah pelakon. Beliau hanyalah kawan lamanya ketika mereka di bangku sekolah dan terpisah kerana pemuda itu menyambung pelajaran ke luar negara. Menurut sebuah portal, Miera Leyana mengakui hatinya kini sepi tanpa cinta dan masih solo. Miera belum menjumpai lelaki yang sesuai dijadikan kekasih.

miera-liyana

“Saya masih solo dan belum ada lelaki yang sesuai untuk dijadikan kekasih. Hussien itu hanya kawan lama yang saya kenal sejak darjah satu lagi. Tapi bila habis tingkatan 5 dia sambung belajar di Melbourne, Australia dalam jurusan perniagaan. Memang kami rapat tetapi tidak sampailah untuk bercinta.”

Miera berkata demikian ketika diminta mengulas tentang gambar-gambar dengan kapsyen mesranya di laman sosial bersama lelaki tersbeut. Dia tidak mungkin akan bercinta dengan lelaki yang sudah dianggap sebagai kawan terutamanya dikenali ketika semasa zaman sekolah. Keputusan itu disebabkan untuk mengelakkan berlaku perkara-perkara tidak diingini yang boleh menyebabkan perpecahan antara kawan-kawan sekolah yang lain.

Antara gambar mesra yang dimuat naik oleh Miera Liyana bersama seorang lelaki yang dikenali sebagai Hussein.

“Saya ramai kumpulan kawan, ada kawan masa kerja dan ada kawan masa sekolah. Prinsip saya tidak akan bercinta dengan kawan-kawan sekolah kerana saya tidak mahu timbul pergaduhan dengan kawan-kawan lain bila hubungan tersebut bermasalah.”

Selain itu, Miera turut bersama empat orang artis lain seperti Fizo Omar, Tasha Shilla, Hairul Azreen dan Kamal Adli akan bercuti ke Barcelona dengan penerbangan Air France anjuran Rafflesia pada 23 Jun hingga 30 Jun 2014.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Miera akan terlibat dengan drama 60 episod, berjudul Kusinero Cinta. Drama tersebut turut menampilkan barisan pelakon hebat selaku teraju utama iaitu, Aaron Aziz, Tiz Zaqyah dan aktor kelahiran Filipina, Jericho Rosales.

Miera Leyana Fitting Baju

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

MonoloQue Berdendam Dengan Siapa Tu?

Senarai Selebriti Popular di Mega Bazaar 2014