in ,

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Zulkifli Sah Positif Covid-19

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengesahkan dirinya kini menerima rawatan selepas disahkan positif Covid-19. 

“Kepada semua rakyat Malaysia, saya kini menjalani rawatan kerana disahkan positif Covid-19 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Alhamdulillah, sehingga saat ini keadaan kesihatan saya adalah baik,” katanya dalam kenyataan di Facebooknya hari ini.

– Datuk Seri Dr Zulkifli
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Zulkifli Sah Positif Covid-19

Beliau juga menyeru orang ramai yang menghadiri majlis yang membabitkan kehadirannya dari 24 September hingga 4 Oktober supaya menjalani pemeriksaan saringan Covid-19 di klinik kesihatan dengan segera.

“Saya berdoa semoga Allah SWT sembuhkan dan selamatkan rakyat Malaysia daripada Covid-19. Insya-Allah,”

– Datuk Seri Dr Zulkifli

Beliau yang dijadualkan merasmikan Majlis Sambutan Ulang Tahun Ar Rahnu YaPEIM di ibu negara hari ini juga tidak hadir pada program berkenaan.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan berkata, pada hari ini, seorang individu yang menghadiri mesyuarat di Jabatan Perdana Menteri pada 3 Oktober lalu disahkan positif jangkitan Covid-19. 

Beliau berkata, pada ketika itu, beliau tidak mengalami sebarang gejala jangkitan Covid-19. 

“Oleh yang demikian, kini beliau dimasukkan ke hospital untuk pengasingan, pemerhatian dan rawatan mengikut protokol sedia ada bagi kes disahkan positif Covid-19.

“Pengesanan dan siasatan kontak kepada individu sedang dijalankan, termasuk saringan gejala dan pengambilan swab bagi pengesanan jangkitan Covid-19. 

“Kontak rapat yang dikenal pasti diberikan Surat Perintah Pengawasan dan Pemerhatian Di Rumah (HSO) selama 14 hari dari tarikh akhir pendedahan (kontak),” katanya.

– Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

Menurutnya, semua yang hadir ke mesyuarat itu sudah menjalani saringan kesihatan hari ini serta sampel diambil untuk ujian pengesanan jangkitan Covid-19. 

“Mereka yang dikenal pasti kontak rapat semasa mesyuarat diberikan HSO selama 14 hari dari tarikh 3 Oktober dan dipakaikan gelang pengawasan.

Manakala ahli mesyuarat yang lain pula yang bukan kontak rapat dikehendaki memantau status kesihatan kendiri di rumah setiap hari selama 14 hari dengan menggunakan home assessment tool (HAT) dalam aplikasi MySejahtera.

“Mereka dinasihatkan untuk segera mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan berhampiran sekiranya mengalami gejala semasa dalam tempoh pemantauan,” katanya.

– Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

KKM ingin memohon orang ramai agar tidak khuatir dengan kejadian ini dan tidak membuat sebarang spekulasi. 

Orang ramai akan dimaklumkan mengenai status jangkitan Covid-19 di Malaysia dari semasa ke semasa secara kenyataan media rasmi KKM. 

Maklumat lanjut boleh diperolehi dari laman sesawang KKM: http://covid-19.moh.gov.my.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

tony fernandes airasia-2020

Gara-Gara Pandemik COVID-19, AirAsia Japan Hentikan Operasi

Paradigm Mall Mengesahkan Kakitangan Outlet Positif untuk Covid-19