in

Menonton Wayang Percuma Untuk Pemegang Kad Mesra Petronas

Menonton wayang menjadi aktiviti hiburan yang mampu dijadikan sebagai terapi pada diri sendiri dan orang lain. Terbukti, setiap kali Budiey mengadakan event Premiere With Budiey, ramai betul pembaca dan selebriti yang datang. Sambutannya memang sentiasa meriah. Ya, siapa la yang tak nak menonton wayang secara percuma kan? Apatah lagi sekarang ini tiket wayang kan semakin mahal. Maka, ramailah yang ambil peluang dan masa untuk mencari tiket menonton wayang secara percuma.

Menonton Wayang Bersama Petronas

Salah satu caranya, bolehlah daftarkan diri dengan program kesetiaan yang semakin menjadi trend bagi syarikat-syarikat yang bernama – seperti Petronas. Sebagai salah satu cara untuk menunjukkan penghargaan Petronas terhadap pemegang Kad Mesra setia mereka, baru-baru ini Budiey bersama-sama dengan pemegang Kad Mesra yang lain dijemput oleh Petronas untuk menonton wayang secara percuma.

Menariknya, pelanggan Kad Mesra yang bertuah terpilih bukan saja diberi peluang menonton wayang percuma tetapi lebih istimewa, dilayan makan malam secara percuma.

Mungkin ramai yang tertanya, macamana nak menang tiket wayang, Senang je, anda harus menggunakan Kad Mesra Petronas ini dengan membeli produk di Kedai Mesra atau mengisi minyak. Lagi banyak dan kerap kita beli atau isi minyak, lagi banyak mata yang akan dikumpulkan dan manalah tahu, untung-untung dapat jemputan menonton wayang atau makan-makan anjuran Petronas.

Kad Mesra Petronas

Sekarang ini, Budiey diberitahu banyak barangan merchandise Petronas terbaru dikeluarkan untuk pelanggan Petronas menebus mata terkumpul. Antaranya topi, beg sukan dan beg galas yang boleh ditebus dengan kadar promosi 2500, 3500 dan 4000 mata ganjaran sehingga 15 November 2015. Untuk maklumat lanjut tentang promosi ini, anda boleh kunjungi stesen PETRONAS terdekat atau layari bit.ly/MesraRedemption!

Nak tahu cara menyemak baki mata ganjaran Kad Mesra PETRONAS supaya dapat menebus barangan eksklusif PETRONAS? Senang saja, ada 4 cara:

1. Di resit pembelian
2. Kaunter Kedai Mesra
3. Laman web www.bit.ly/MesraRewards
4. Talian khidmat pelanggan di 1-300-22-8888

Masih keliru? Anda boleh tonton video YouTube berikut: https://youtu.be/eUkHFRJ0KSo.

FYI, sebelum anda membuat penebusan barangan ekslusif juara, anda akan diminta untuk memeriksa barangan tersebut dengan teliti dan menandatangani borang deklarasi bahawa ia dalam keadaan baik. Ini adalah salah satu inisiatif daripada PETRONAS untuk mengesyorkan bahawa barangan juara ini berada dalam kualiti tertinggi untuk para penggunanya.

Kad Mesra Petronas

Budiey turut dijemput untuk merasai keseronokkan menjadi pemegang Kad Mesra bertuah dan tentunya diraikan dalam acara #MesraRewards MovieNight sambil makan malam dan menyaksikan filem Pan di TGV One Utama telah berlangsung pada minggu lalu.

Rata-rata pelanggan Petronas yang dijemput melahirkan rasa terima kasih kepada Petronas sebab memberi peluang ini. Bukan sekadar dapat menonton filem PAN yang sekarang ini meletop-letop di pawagam, tapi dapat bertemu dengan rakan-rakan baru sambil makan-makan.

Budiey difahamkan, Petronas akan terus memberikan yang terbaik kepada pelanggan dengan mengadakan lebih banyak lagi event dan acara Mesra Rewards Movie Night ini. Budiey berpendapat acara seperti ini memang satu event yang menyeronokkan dan memberi penghargaan kepada para pelanggan. Syabas Petronas!

Kad Mesra Petronas

Bagi mereka yang belum mendaftar sebagai pemegang Kad Mesra dan maklumat lanjut boleh layari www.bit.ly/MesraRewards!

Jom tonton video dan gambar yang dirakam sekitar acara santai bersama pelanggan Kad Mesra Petronas.

Menonton Wayang Bersama Petronas

Menonton Wayang Bersama Petronas

Menonton Wayang Bersama Petronas

Menonton Wayang Bersama Petronas

Menonton Wayang Bersama Petronas

Menonton Wayang Bersama Petronas

Menonton Wayang Bersama Petronas

Menonton Wayang Bersama Petronas

Menonton Wayang Bersama Petronas

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Teaser & Poster Filem WARCRAFT: THE BEGINNING

Nad Zainal Jadi Heroin Dalam Drama Bersiri MERAH GAUN PENGANTIN