in , , , , ,

Mengapa Tiga Pelajar Akademi Fantasia Ditendang Sekaligus?

Bukan setakat dua orang tersingkir, kali ini Akademi Fantasia mengambil langkah ‘berani mati’ dengan menyingkirkan seorang lagi pelajar. Double ‘F’ (Fatin & Farha) + Noni = 3 orang pelajar malang tersingkir di konsert ke-4.

Tentu ramai yang tidak boleh meneka kezutan boleh berlaku pada malam tadi termasuklah Mr. Manager yang berada di sebelah saya. Pertama kali dalam sejarah AF, 3 orang pelajar ditendang sekaligus dalam satu konsert. Sangat memedihkan bagi peminat Fatin, Farha & Noni.

Soalnya mengapa?

Tidakkah ini satu tindakan kejam dan tidak berperi kemanusiaan? Ops! Dua perkataan ini agak kasar bunyinya. Tetapi saya ingin mengingatkan diri saya dan penonton bahawa inilah Akademi Fantasia. Macam-macam benda boleh berlaku. Tertakluk pada syarat dan peraturan yang ditetapkan. Penonton perlu akur.

Adakah disebabkan oleh Aura Ebi yang kian menonjol memberikan kuasa penarik kepada ramai pengundi untuk menghulurkan SMS? Ebi kini lubuk emas utama selain Dafi, Aizat dan Heliza. Maka, tidak hairan dan tidak ada kesan pun kalau 3 orang ini disingkirkan memandangkan hasil undian untuk mereka tidaklah banyak mana pun.

Kalau melihat pada prestasi Fatin, Farha & Noni, persembahan mereka pada malam tadi hanya cukup-cukup makan sahaja. Lagu joget Joget Gila Bayang ditangan Fatin sangat sedap kedengaran di telinga saya. Manis dan tidak banyak melakukan kesilapan. Tetapi mengapa masih tidak ramai yang mengundi?

Farha pula tidak ada ‘modal’ untuk menjadikan shownya lebih ‘WOW’dan tidak memberi sesuatu keajaiban untuk lagu As Long As You Love Me. Tidak all out dan nampak tidak agresif. Attitude tidak kuat dan goyah sana dan sini.

Begitu juga dengan Noni yang mendatar, tak banyak improvisasi serta lemah dari segi pitching dalam membawa lagu Siti Nurhaliza – Pastikan. Selain dikatakan meniru gaya Siti Nurhaliza, Noni hilang arah dan fokus. Tapi, saya rasa tak seronoklah takde Noni sebab tak dapat tengok Noni menggedik dan ‘gelenya’ lagi selepas ni.. Selain Dekna, karakter ceria yang penuh warna Noni adalah penyeri utama dalam diari AF.Ternyata, kegagalan Fatin, Farha & Noni mempengaruhi jumlah undian untuk mereka. Maka, wajarlah Farha & Noni menerima hukuman ini atas persembahan mereka yang sekadar OK itu, kan?

Saya rasa kezutan pada malam ini wajar dilakukan kerana pelajar yang tersingkir seharusnya diberi hukuman buat mereka. Sekaligus memberi peringatan pada yang lain supaya bukan setakat lakukan yang terbaik malah kena faktor X & ada ‘WOW’.

Heliza terselamat dengan pecahan undian dari 2 negeri yang masih berpihak kepadanya. Ebi pula akan terus meningkat di tangga teratas bersilih ganti dengan Dafi. Aura Ebi dikatakan menyamai dengan aura Mawi. Setujukah anda? Mawi yang kini bangkit dengan lagu Angan dan Sedar rasa saya punya cerita yang berbeza. Harap peminat Ebi dan peminat Mawi tidak berbalah sesama sendiri. Apa yang saya lihat, ramai peminat Mawi mula menerima Ebi seadanya.

Manakala Aizat masih berada di kedudukan yang lebih selesa. Tapi, saya pun terkejut apabila mendapati undian untuk Aizat tidaklah sebanyak mana. Persembahan Dafi hanya cukup-cukup makan. Dekna & Mila pula terselamat kerana lagu yang mereka bawa sesuai dengan tone suara mereka.

Ketika disingkir Noni begitu ceria sekali senyum-senyum. Siap boleh bergurau dengan kawannya yang lain. Seolah Noni mendapat hadiah yang dia ingin-inginkan.

Apa kata anda dengan penyingkiran kali ini? Lontarkan komen ada di ruang komen yang berada di atas.

Nota Budiey: Petang sebelum konsert, saya telah menghadiri pelancaran Kelab Peminat Dafi di Strawberry Cafe. Foto-foto akan diletakkan di sini kemudian. Tunggu!

kredit foto: Laman rasmi Akademi Fantasia

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Profile & Biodata Sazzy Falak

Kebolehan Aizat Dalam Lagu ‘La Camisa Negra’ Bersatu?