in ,

Mengalami Was-Was Yang Teruk, Harris Annuar Pernah Persoalkan Kewujudan Tuhan

Was-was bermaksud percakapan dalam diri sendiri, seperti dibisikkan ke dalam diri insan perasaan berbolak-balik sama ada telah melakukan sesuatu atau belum melakukan sesuatu.

Perkara itu dilalui oleh pelakon Harris Annuar yang pernah membuatkan beliau mengalami tekanan sehingga 6 tahun. Beliau berkongsi kisah itu melalui Instagram miliknya pada 10 Februari 2021.

Melalui caption:-

“Harris nak bunuh diri?

Harris nak keluar Islam?Walaupun panjang,tengok sampai habis,and aku jamin korang takkan rugi!which part paling goosebump?”

Video yang dimuat naik tersebut menerangkan situasi was-was teruk yang pernah dihadapi oleh Harris.

Ia telah menyebabkan beliau mengalami depresi sehingga mahu membunuh diri. Perkara itu berterusan walaupun ketika beliau mengerjakan umrah buat kali pertama di usia 18 tahun.

Tersedar seketika daripada kekhilafan, bagaimanapun perkara itu semakin memburuk setelah Harris pulang ke Malaysia. Beliau setelah itu mempersoalkan kewujudan Allah kerana perasaan was-was yang semakin teruk.

Namun begitu, Harris dipertemukan dengan seorang sahabat yang banyak membantunya mengatasi perkara berkenaan. Pada saat beliau cenderung untuk membunuh diri, teman rapatnya itu yang memberi pencerahan dalam masalahnya.

Ibunya pula berikhtiar dengan menghantar Harris mengerjakan umrah setiap tahun.

Umrah kali keenamnya mempertemukan beliau dengan seorang ‘lelaki’ yang membuka mata hatinya.

Alhamdulillah selepas itu, masalah was-wasnya hilang.

Dalam pada itu, Harris menasihatkan orang ramai supaya melawan segala fikiran yang menjurus kepada rasa ragu-ragu.

Beliau mengingatkan:-

“Setiap kesulitan ada kemudahan.”

Selain itu, kehadiran sahabat baik juga sangat membantu untuk mengatasi perkara ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Istana Pahang Tarik Semula Gelaran Datuk bagi Farid Kamil dan Boy Iman

Azza Ellite Berang Ditipu Sindiket Pembantu Rumah