in , , ,

Mencari Pewaris Taekwondo Dalam Filem Korea THE KICK

Sebuah keluarga dari Korea Selatan yang tinggal di Bangkok, Thailand. Keluarga ini mengendalikan sebuah gimnasium taekwondo. Pada satu hari keluarga taekwondo ini berhadapan dengan sekumpulan pencuri harta artifak warisan dan satu pertempuran berlaku. Dengan bantuan kawannya, keluarga taekwondo ini cuba untuk menewaskan pencuri.

Kisah menarik seni bela diri ini dibawakan Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi filem bertajuk “The Kick” pada 4 Ogos ini, pukul 11.00 malam mengisi slot Layar Asia di TV2.

poster The Kick

Menampilkan lakonan mantap Brahim Achabbakhe, Ki Kim, Jija Yanin, Ye Ji Won dan Cho Jae Hyun, filem arahan Prachya Pinkaew ini memaparkan kisah Moon, seorang mahaguru taekwondo yang mengendalikan gimnasium taekwondo di Bangkok. 

Kesemua lima ahli keluarganya juga merupakan pengajar taekwondo tetapi dengan gaya masing-masing yang tersendiri. Isterinya, Yoon dengan gaya masakan, anak lelakinya Taeju dengan gaya tarian, Taemi anak perempuannya dengan gaya bola sepak dan bongsunya, Typhoon yang boleh melakukan pelbagai gaya dengan menggunakan kekuatan dahinya. 

Dalam pada itu, Moon berhasrat agar anak-anaknya menjadi jurulatih taekwondo dan mengambil alih gimnasium kepunyaannya suatu hari nanti. Walaubagaimanapun, anak lelakinya Taeju mahu menjadi penyanyi pop yang popular, sementara anak perempuannya hanya berminat dengan kegiatan tarian di sekolah. 

Pada satu hari, secara kebetulan keluarga taekwondo berhadapan dengan pencuri harta artifak warisan dan satu pergaduhan berlaku. Dengan tidak disangka-sangka keluarga taekwondo dengan kemahiran seni mempertahankan diri, berjaya mengalahkan mereka dan mendapatkan semula harta artifak warisan tersebut. 

Ketua kumpulan perompak, Pom yang terlibat dengan banyak kegiatan rompakan telah berjaya melepaskan diri daripada ditangkap pihak berkuasa. Berikutan dengan peristiwa ini, keluarga taekwondo ini menjadi terkenal di kalangan masyarakat. 

Kejayaan keluarga Moo pada masa sama telah menimbulkan kemarahan di hati Pom dan kuncu-cuncunya. Tanpa mereka sedar Pom merancang untuk membalas dendam kepada keluarga itu. Namun adakah perancangan Pom memerangkap Moon berjaya? 

Adakah Moon berjaya mewariskan gymnasium taekwondonya kepada anak-anaknya? Ikuti kesudahannya di TV2.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Salam Baitullah 2019 Program Terbaik Musim Haji di RTM

Dakwah Penuh Kasih Sayang Dalam USRAH HIKMAH