Menu

Sensasi Selebriti

Portal Berita Hiburan, Trending & Viral, Acara, Travel, Gaya Hidup & Tech Gadget Terkini

in , ,

Menangi Seribu Sebulan Kredit Lazada Wallet di Rancangan MOREH BERSAMA LAZADA

Pada musim Ramadan ini, ramai artis tempatan dan selebriti terkenal bakal bersama-sama anda menerusi sesi strim secara langsung Moreh Bersama Lazada yang akan diadakan pada 23 April ini dari jam 10 malam hingga 11 malam.

Antara selebriti yang bakal menjayakan strim langsung ini ialah Sharifah Shahirah, Haziq Hussni, Hael Husaini, Zizi Kirana, Hafiz Hamidun, Syamel dan Erni Zakri. Sesi moreh dalam talian ini dianjurkan khusus buat rakyat Malaysia yang tinggal berjauhan dari keluarga dan sahabat handai ketika pandemik untuk merasai suasana moreh dengan selamat di rumah.

Ketika anda berinteraksi dengan artis kegemaran di LazLive, baucar diskaun RM23, tanpa had perbelanjaaan minimum, boleh dikumpulkan*. Baucar diskaun tersebut boleh digunakan di seluruh platform Lazada seperti Lazat Bazaar, dimana anda boleh mendapati makanan kegemaran autentik tempatan, serta Lazada Ada Sentuhan Raya Sale untuk persiapan raya di mana tawaran Hari-Hari Jimat dan baucar penghantaran percuma turut ditawarkan. 

Manakala, tawaran Lazada Flash Sale serendah RM0.55 akan disiarkan menerusi strim langsung untuk penonton LazLive membeli keperluan berbuka puasa dan pelbagai lagi barangan pada harga diskaun untuk masa terhad.

RM12,000 kredit Lazada Wallet menanti anda!

Bukan itu sahaja, anda juga berpeluang memenangi seribu-sebulan kredit Lazada Wallet menerusi pertandingan Moreh Bersama Lazada yang akan berlangsung 23 April hingga 30 April 2021*. 

Setiap hari sepanjang tempoh pertandingan berlangsung, individu dengan perbelanjaan tertinggi di Lazada Malaysia akan diumumkan. Setiap pemenang bakal menerima RM1,000 kredit Lazada Wallet setiap bulan selama satu tahun, sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan bernilai RM12,000 kredit Lazada Wallet*. Ia dikreditkan terus secara automatik kepada akaun Lazada Wallet pemenang setiap bulan bermula Mei 2021*.

Semua pengguna Lazada layak menyertai pertandingan Moreh Bersama Lazada dan sejumlah lapan pemenang akan diumumkan sepanjang tempoh pertandingan. Individu dengan perbelanjaan paling tinggi akan diberitahu menerusi saluran sosial rasmi Lazada Malaysia serta dimaklumkan menerusi emel rasmi.  

Ketika negara masih lagi berjuang menghapuskan pandemik Covid-19, Lazada kini menjadi destinasi sehenti gaya hidup rakyat Malaysia untuk mendapatkan keperluan harian dan juga hiburan dari rumah.   Moreh Bersama Lazada adalah satu inisiatif untuk memberi semula kepada komuniti pembeli dalam talian di Malaysia sempena bulan Ramadan dan Aidilfitri yang bakal menjelang. 

Jangan lepaskan peluang menonton Moreh Bersama Lazada di LazLive menerusi aplikasi Lazada. Selain itu, sesi strim langsung ini juga boleh disaksikan menerusi saluran sosial rasmi Lazada, TV3 dan saluran YouTube OHBULAN! 

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Exit mobile version