in , , ,

Netizen Desak Shaheizy Sam Buang Gambar Bersama Isteri, Ini Sebabnya Keterlaluan

RASANYA dalam sejarah akaun Instagram milik selebriti tempatan, inilah kali pertama netizen meminta seorang suami untuk membuang gambar isterinya. Tak pernah lagi terjadi. Ini kali lah baru jadi!

Itulah yang terjadi kepada pelakon, Shaheizy Sam yang diminta untuk membuang sekeping gambar bersama isterinya di akaun Instagram miliknya.

Melampau! Netizen Desak Shaheizy Sam Buang Gambar Bersama Isteri

Menerusi kapsyen yang dimuat naik, pasangan itu sedang dalam proses pengambaran video untuk saluran YouTube mereka.

Tidak tahu apa sebenarnya yang difikirkan Shaheizy ketika memuat naik gambar bersama isterinya. Ada motif tertentu atau sekadar melawak.

Melampau! Netizen Desak Shaheizy Sam Buang Gambar Bersama Isteri

Tetapi gambar tersebut nampaknya telah mengundang pelbagai persepsi di ruangan komen hinggakan ada yang meminta Shaheizy menurunkan gambar tersebut.

Netizen berpendapat gaya isteri Shaheizy, Syatilla Melvin di dalam gambar tersebut disifatkan agak keterlaluan dan boleh mengundang fitnah.

Melampau! Netizen Desak Shaheizy Sam Buang Gambar Bersama Isteri

Ada yang berpendapat pelakon filem Polis Evo itu sebagai seorang suami perlu menjaga maruah isterinya dengan menurunkan gambar tersebut.

Walaupun sudah dua hari gambar tersebut dimuat naik, sehingga kini Shaheizy masih lagi tidak menurunkan atau meninggalkan sebarang komen balas terhadap netizen.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Netizen Puji Video Muzik SIAPA TAK MAHU Ada Mutu Antarabangsa, Kini Trending

Rupa-Rupa Inilah Kesannya Bila Neelofa Kongsi Gambar OOTD Kali Pertama Berniqab di IG