in , , ,

“Media Sosial Bukan Medium Kongsi Masalah Rumah Tangga” – Aeril Zafrel

Syukur Alhamdulilah. Pasangan selebriti, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal bersyukur rumah tangga yang dibina sejak tujuh tahun lalu masih kekal bahagia dan harmoni sehingga sekarang. Itu yang kita nak.

Menurut Aeril, dia dan isteri mengambil pendekatan tidak meletakkan perkara negatif yang melibatkan rumah tangga mereka di laman sosial untuk tatapan pengikut mereka.

“Dalam tempoh tujuh tahun perkahwinan, mustahil tiada pergaduhan cuma tidaklah sampai bergaduh besar. Bagi kami, media sosial bukan salah satu medium yang bagus (untuk ceritakan masalah rumah tangga). Itu pendapat saya dan Wawa tapi terserah kepada orang lain sebab ia hak peribadi masing-masing. 

“Mungkin ada yang buat macam itu untuk tarik perhatian orang di luar sana. Lagipun memang dahulu lagi kami ambil pendekatan tidak memuat naik atau berkongsikan hal remeh-temeh atau pergaduhan di media sosial. Kami ada juga bergaduh, namun lama-kelamaan tidak perlu pujuk dan kami akan berbaik sendiri,”

– Aeril Zafrel
Aeril Zafrel

Aeril dan Wawa ditemui pada majlis perlantikan pasangan itu sebagai duta kempen kesihatan gusi Systema Gumbatte yang berlangsung di pusat beli-belah One Utama, Petaling Jaya pada hari Khamis lalu.

Sementara itu, Wawa berkata dia bersyukur dikurniakan seorang suami yang cukup penyabar dalam melayani karenahnya sebagai seorang isteri. 

“Apa yg saya belajar kita jangan besarkan hal yang remeh-temeh. Macam saya dulu suka besar-besarkan hal remeh-temeh. Nasib baik saya dapat suami jenis penyabar.

“Saya sekarang dah belajar dan daripada situ kalau kita sentiasa jaga hati pasangan, insyaAllah rezeki pun akan senang masuk,”

– Wawa Zainal
Aeril Zafrel

Dalam pada itu, ketika ditanya tentang perancangan untuk menambah cahaya mata, Wawa berkata dia bersedia sekiranya diberikan rezeki dalam waktu terdekat.

“Saya memang nak sangat timang cahaya mata lagi, tetapi masih belum ada rezeki. Kami memang tidak merancang, kalau ada rezeki kami terima,”

– Wawa Zainal

Aeril dan Wawa berkahwin pada 2013 dan dikurniakan sepasang cahaya mata, Ahmad Fakhruddin Attar, 6, dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 4.

Sumber: KopiPlanet.com

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama LEFTENAN ZANA Trending di Youtube Malaysia

Konsert Soul Sisters 2019 Umum Barisan Penaja