in ,

Maxis Rai Kepelbagaian Kaum Menerusi Kempen #100peratusMalaysia

Maxis meraikan kepelbagaian kaum di Malaysia pada Hari Kebangsaandengan kempen #100peratusMalaysia. Maxis melancarkan filem pendek bersempena dengan Hari Kebangsaan. Maxis menampilkan bagaimana teknologi membantukita memahami dan menghargai kepelbagaian kaum di Malaysia yang meneguhkan komuniti, serta membolehkan kita mencapai impian kita

Pada Hari Kebangsaan tahun ini, Maxis meraikan kepelbagaian kaum di Malaysia dengan kempen #100peratusMalaysia, melalui kerjasama dengan personaliti terkenal di Malaysia. Untuk menyampaikan kisah tersebut, Maxis telah melancarkan sebuah filem pendekyang menggambarkan perjalanan tujuh personaliti Malaysia dalam mengenali diri mereka sendiri. Dengan memanfaatkan kuasa teknologi, mereka menyelami identiti merekadengan lebih dalam melalui ujian DNA.

Kempen Maxis #100peratusMalaysia

Walaupun keputusan menunjukkan bahawa mereka mempunyai hubungan ke pelbagai lokasi geografi di seluruh dunia, terdapat satu faktor yang menyatukan mereka – mereka semua #100peratusMalaysia.

Tontoni filem pendek tersebut di sini.

“Premis kempen Hari Kebangsaan kami yang menggunakan teknologiadalah bukan hanya untuk memahami perbezaan unik di antara kita, tetapi juga keranaia membuatkan kami sedar bahawa kepelbagaian kitalah kekuatan yang paling teguhdan membolehkan kita berjaya mencapai impian kita.

Semakin banyak kita mengenali diri kita, semakin banyak kitamenyedari bahawa perbezaan inilah yangmenceritakan kisah kita sebagai rakyat Malaysia.

Natijahnya, cita-cita kita untuk Malaysia, tanah air kita, adalah apa yang menyatukan kita, dan kami berharap kempen ini dapat meningkatkan semangat rakyat Malaysia di mana-mana,” 

– Tai Kam Leong, Ketua Pegawai Jenama & Pemasaran Maxis

Personaliti yang terlibat dalam kempen Maxis – penulis dan aktivis Marina Mahathir, Duta Kulinari Malaysia bagi Tourism Malaysia Dato’ Chef Wan, Miss Universe Malaysia 2011 Deborah Priya Henry, ikon seni pentas Tiara Jacquelina, pelakon dan pelawak Douglas Lim, pemenang pingat emas gimnastik Sukan SEA Farah Ann Abdul Hadi dan pemain bola sepak kebangsaan Datuk Santokh Singh – telah meluahkan kepercayaan yang serupa dalam idea kempen, dan mengambil bahagian dalam projek ini dengan tenaga positif dan penuh semangat. Tontoni video di sebalik tabir di sini untuk mendapat tahu pengalaman dan pemikiran mereka.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai kempen ini dan filem Hari Kebangsaan Maxis, sila layari www.maxis.com.my/100peratusmalaysia.

Kempen Maxis #100peratusMalaysia
Kempen Maxis #100peratusMalaysia
Kempen Maxis #100peratusMalaysia
Kempen Maxis #100peratusMalaysia
Kempen Maxis #100peratusMalaysia
Kempen Maxis #100peratusMalaysia
Kempen Maxis #100peratusMalaysia

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sekitar Pelancaran PANGGUNG RAKYAT Anjuran CENDANA & DBKL

Media Prima Lancar Kempen KITA PUNYA MALAYSIA