in

Maxis Rai Hari Gawai Beri Tiket Bas & Bot Percuma

Sebanyak 400 pelanggan menerima tiket bas dan bot percuma untuk bertolak dari Kuching, Miri, Bintulu dan Sibu, ke mana sahaja di Sarawak. Inisiatif adalah sebahagian daripada usaha Maxis untuk memberi ganjaran kepada pelanggan diatas sokongan berterusan mereka

Maxis Berhad (Maxis) telah memeriahkan lagi sambutan Hari Gawai tahun ini bagi 400 pelanggan dari seluruh Sarawak apabila ia menawarkan mereka perjalanan percuma ke kampung halaman sebagai sebahagian daripada program ‘Free Ride Home’. Maxis telah memberi sebanyak 300 tiket bas dan 100 tiket bot untuk pelanggan pascabayar dan prabayar (Hotlink) yang pulang ke kampung halaman masing-masing antara 17 Mei dan 2 Jun 2014 untuk meraikan perayaan ini bersama keluarga dan rakan-rakan.

Photo 3_Bintulu

Antara 17 Mei dan 30 Mei 2014, pelanggan telah menebus tiket bas percuma dan bertolak dari Kuching, Bintulu atau Miri, ke mana-mana destinasi di Sarawak. Bagi tiket bot percuma, mereka telah dapat menebus tiket bagi perjalanan dari Sibu ke Kapit. Pelanggan hanya perlu mengunjungi kaunter Hotlink di mana-mana stesen bas atau terminal bot yang terpilih dalam tempoh penebusan untuk mendaftarkan minat mereka, dimana mereka telah dibimbing dalam proses penembusan. Pelanggan bukan Maxis dan bukan Hotlink juga telah layak untuk mendapatkan tiket percuma jika mereka membeli pek #Hotlink di lokasi-lokasi yang disenaraikan.

“Kami gembira diatas kejayaan kempen Free Ride Home ini, dimana kesemua 400 tiket telah ditebus oleh para pelanggan kami, dan mereka telah pulang ke kampung halaman dengan selamat untuk meraikan Hari Gawai bersama keluarga dan rakan-rakan tersayang. Malah, semua tiket di Kuching telah ditebus dalam masa satu hari sahaja! Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha kami dalam memberi ganjaran kepada para pelanggan diatas sokongan setia mereka, dan kami berharap bahawa kami dapat membawa kegembiraan ke dalam kehidupan mereka, terutamanya pada musim perayaan ini,” kata Alexius Bong, Ketua Wilayah Sarawak Maxis.

Para pelanggan yang menebus tiket juga merakamkan penghargaan mereka kepada Maxis kerana menawarkan ganjaran seperti program Free Ride Home ini, terutamanya sempena sambutan Hari Gawai, yang merupakan masa untuk bersama dengan keluarga dan rakan-rakan. Mereka juga mengulas mengenai tawaran #Hotlink, dan berkongsi bahawa mereka terutamanya menikmati internet percuma dan kadar panggilan yang rendah.

Photo 4_Bintulu

Mengenai Maxis Berhad

Maxis Berhad adalah penyedia perkhidmatan komunikasi utama Malaysia, yang membolehkan para pelanggan untuk berhubung dan berkomunikasi bila-bila masa, di mana sahaja dan dari mana-mana peranti. 13 juta pelanggan memilih untuk bersama kami kerana kami menawarkan liputan terbaik, penyelesaian yang inovatif dan perkhidmatan yang cemerlang.

Jejak rangkaian berkelajuan tinggi kami adalah yang terbesar di negara ini – dan membolehkan setiap rakyat Malaysia untuk menikmati pelbagai perkhidmatan data kami seperti pelayaran Internet mudah alih, laman rangkaian sosial, memuat turun aplikasi dan juga portfolio penyelesaian bersepadu yang merangkumi mudah alih, tetap dan perusahaan. Ini adalah tambahan kepada perkhidmatan panggilan suara, teks dan mesej gambar kami.

Selain daripada menghubungkan orang ramai dengan perkhidmatan kami, kami berusaha dalam mewujudkan kesan yang positif kepada masyarakat di mana kami beroperasi. Usaha Tanggungjawab Korporat kami bertujuan untuk membangun dan memperkayakan masyarakat, pelanggan dan rakan niaga kami; mewujudkan sebuah tempat kerja yang hebat dan menyokong amalan mesra alam.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: maxis.com.my

Photo 1_Kuching

Photo 2_Sibu

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Astro Radio Catat Jumlah Pendengar Tertinggi

Kemudahan Selesa Disediakan di Mega Bazaar 2014