in , ,

Maxis Mula Tamatkan Rangkaian 3G di Malaysia, Bermula Di Terengganu

Maxis pernah mengesyorkan pengguna untuk menaik taraf 3G ke rangkaian 4G. Oleh itu, jika anda masih tidak berbuat demikian, sebaiknya perlu melakukannya sekarang.

Tahun lalu, melalui pelan infrastruktur digital Jalinan Digital Negara (JENDELA), rangkaian 3G bakal ditamatkan sepenuhnya pada akhir tahun ini.

Ia merupakan usaha menambah baik komunikasi digital negara di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (2021-2025).

Antara syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi (telco) yang sudah mula melakukannya adalah Celcom. Kini, Maxis pula telah mengeluarkan notis peringatan melalui kiriman di Facebook yang mana mereka menyenaraikan kawasan yang ditamatkan rangkaian 3G, bermula di Terengganu.

Maxis Mula Tamatkan Rangkaian 3G di Malaysia, Bermula Di Terengganu

Bermakna, sekiranya pengguna menggunakan peranti bukan 4G, mereka hanya menerima isyarat 2G sahaja. Sementara peranti yang tidak menyokong VoLTE, mereka hanya boleh membuat atau menerima panggilan menerusi rangkaian 2G walaupun peranti itu mempunyai 4G.

Selain itu, Maxis juga telah menyenaraikan garis masa proses penamatan rangkaian 3G secara berperingkat di Malaysia. Namun, mereka telah memadam kiriman tersebut semalam.

Bagaimanapun, terdahulu Maxis pernah mengesyorkan pengguna untuk menaik taraf 3G ke rangkaian 4G. Oleh itu, jika anda masih tidak berbuat demikian, sebaiknya perlu melakukannya sekarang.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Nadia Annuar Gantikan Uyaina Arshad Jadi Hos Baharu ‘Pencarian Nona Superwoman’

Filem Seram Romantik DARK SPELL Akan Ditayangkan di Pawagam 7 Oktober Ini