in , ,

Maxis Mempamerkan Kuasa 5G Melalui Samsung Galaxy siri S20

Maxis menawarkan Samsung Galaxy S20 Ultra 5G, bersama Samsung Galaxy S20+ dan S20. Galeri seni mini di KLCC dan Maxis Centre Sunway Pyramid mempamerkan kuasa zum dan fungsi realiti terimbuh daripada telefon 5G

Bermula 6 Mac, Maxis menawarkan Samsung Galaxy S20 Ultra dikuasai 5G yang dinantikan, memaparkan 100x Space Zoom yang mengagumkan dan rakaman video 8K. Selain itu, Samsung Galaxy S20+ dan Samsung Galaxy S20 4G juga dilancarkan dengan teknologi 30x Space Zoom dan rakaman video 8K. Semua peranti mudah alih ini tersedia dengan Maxis Zerolution tanpa bayaran pendahuluan, kad kredit dan kadar faedah. 

Maxis

S20 Ultra, S20+ dan S20 boleh didapati melalui Maxis Zerolution dan Zerolution 360, manakala S20+ dan S20 tersedia melalui ansuran bulanan dua untuk satu melalui Maxis Zerolution

Pengalaman menyeluruh telefon 5G bersama sambungan Maxis 5G boleh didapati di Maxis Centre KLCC dan Sunway Pyramid. Sempena pelancaran telefon baru ini juga, Maxis mempamerkan 5G Live dengan Galaxy S20 Ultra – sebuah galeri mini yang memaparkan pemandangan Malaysia melalui kepingan diorama, termasuk sebuah Maxis Centre!

Maxis

Teknologi zum mudah alih paling berkuasa di dunia ini boleh dicuba oleh para pelanggan di KLCC dan Sunway Pyramid dengan cara paling kreatif dengan menikmati keindahan seni sebenar galeri mini secara terperinci melalui kamera S20 Ultra.

Lebih menarik, mereka dapat menyaksikan  pameran seni tersebut secara imersif melalui teknologi realiti terimbuh Maxis 5G.

Maxis

Pameran ini kini berjalan di Maxis Centre KLCC dan akan datang ke Maxis Centre Sunway Pyramid, untuk tempoh sebulan. Pada masa ini, pelanggan boleh melayari video dan permainan, serta memeriksa ujian kelajuan rangkaian Maxis 5G.

“Kami begitu teruja untuk memperkenalkan siri Samsung Galaxy S20 sebagai tambahan kepada himpunan tawaran peranti mudah alih kami, dengan fungsi zum hebat dan fungsi video 8K yang pasti menggembirakan peminat fotografi dan videografi.

Selain dari peranti dan galeri seni mini kreatif, kami juga ingin membolehkan pelanggan mengalami kemungkinan menarik 5G, yang secara dramatik akan mengubah cara kita berkomunikasi dan menjalani kehidupan.

Jadi jangan lepaskan peluang ini untuk mencuba kemungkinan masa depan kami,”

– Arjun Varma, Ketua Perniagaan Konsumer Maxis
Maxis

Memilih telefon bersesuaian dengan anda dari siri Samsung Galaxy S20

Pelanggan boleh mendapatkan Samsung Galaxy S20 Ultra 5G pada hanya RM129 sebulan dengan Maxis Zerolution260, atau dua unit Samsung Galaxy S20+ atau Samsung Galaxy S20 dengan ansuran bulanan menarik, bermula dengan hanya RM189 sebulan dengan Maxis Zerolution.

Maxis

Di bawah pelan ini, pelanggan boleh menikmati pembayaran tanpa pendahuluan, kad kredit dan kadar faedah, pada rangkaian 5G.

PerantiAnsuran Bulanan
Samsung Galaxy S20Dari RM189/bln untuk 2 unit pada ZerolutionatauDari RM89/bln untuk 1 unit pada Zerolution360
Samsung Galaxy S20+Dari RM249/bln untuk 2 unit atau Dari RM99/bln untuk 1 unit pada Zerolution360
Samsung Galaxy S20 UltraDari RM129/bln untuk 1 unit pada Zerolution360


Untuk memilih telefon dan pelan mereka, pelanggan boleh memasuki mana-mana Maxis Centre atau melawat maxis.com.my/galaxy-s20

Maxis

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

The Human Calculator Antara 10 Peserta Mara Ke Pentas Utama Ceria Megastar

Sukan & Pelancongan Dalam GO FAST OR GO HOME di TV1