in

Maxis Lancar Maxis Cloud Paling Canggih di Malaysia

MAXIS MELANCARKAN PERKHIDMATAN PENGKOMPUTERAN AWAN YANG PALING CANGGIH DI MALAYSIA
Akses mudah kepada Maxis Cloud, dan penyelesaian perisian yang lebih baik, untuk pengurusan perniagaan yang fleksibel

Maxis Berhad, peneraju penyedia telekomunikasi bersepadu terunggul Malaysia, pada hari ini telah melancarkan Maxis Cloud, yang merupakan perkhidmatan awan yang paling canggih, masa nyata dan diuruskan sepenuhnya, di Malaysia. Maxis juga mengumumkan bahawa para pelanggan dapat mengakses Maxis Cloud melalui tawaran jalur lebar perniagaan Maxis yang terkini: akses kepada jalur lebar perniagaan yang terpantas di negara melalui rangkaian tulang belakang optik 100 gigabit setiap saat (100G) dan rangkaian HSBB Telekom Malaysia.

Maxis Cloud

Mengorak langkah ke hadapan, Maxis bermatlamat untuk bekerjasama rapat dengan pihak berkepentingan utama seperti MDeC, untuk menubuhkan program bersama bagi mempromosikan penggunaan perkhidmatan pengkomputeran awan oleh Penjual Perisian Bebas (ISVs) melalui mengenalpasti aplikasi industri yang diperlukan oleh pelanggan Perusahaan Kecil Sederhana (SME) di Malaysia dalam lingkungan tiang utama ekonomi Malaysia; memilih penjual perisian yang berbakat untuk membangunkan aplikasi ini, menyediakan nasihat bersama, pemahaman mendalam dan pembiayaan pasaran dan teknologi; dan mmbangunkan rangka kerja dan standard bagi pembangunan keseluruhan untuk industri awan Malaysia sebagai platform untuk amalan ICT yang bertaraf dunia.

Naib Presiden Kanan, Perkhidmatan Perniagaan Maxis, Fitri Abdullah berkata, “Pelancaran Maxis Cloud pada hari ini direka untuk memberi sokongan kepada pertumbuhan keperluan perniagaan di Malaysia, dan membantu mereka beroperasi pada tahap yang strategik yang seterusnya. Dengan Infrastruktur sebagai Perkhidmatan, kami memberikan perniagaan kapasiti kami untuk akses pembayaran untuk setiap penggunaan (pay-per-use) yang selamat kepada kuasa pengkomputeran, maklumat dan kandungan dari mana-mana skrin. Kami telah mereka Maxis Cloud untuk membolehkan penyelesaian IT yang lebih baik dan menawarkan aplikasi untuk pembangun perisian yang mahir untuk terus mengembangkan penyelesaian awan bagi pasaran yang lebih matang.”

“Tambahan pula, kami percaya bahawa kerjasama kami dengan MDeC akan terus mempercepatkan penggunaan teknologi awan oleh penjual perisian dan perniagaan, dan membuka jalan untuk pelbagai penyelesaian awan bergred perniagaan disediakan kepada perniagaan di Malaysia. Ini sudah tentu akan menjadikan mereka lebih tangkas, cekap dengan kos dan berdaya saing di peringkat global, serta membolehkan mereka menyediakan produk dan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan di Malaysia.”

YBhg Datuk Badlisham Ghazali, Ketua Pegawai Eksekutif MdeC, berkata, “Kelebihan ekonomi kepada SME dan perniagaan apabila memindahkan beberapa atau semua IT mereka kepada awan adalah menarik. Syarikat tempatan pada masa kini mempunyai peluang untuk membeli server dan sumber aplikasi dalam kapasiti yang diinginkan, melalui senibina yang berskala tinggi dan senang digunakan. Pengkomputeran awan membenarkan syarikat-syarikat ini memindahkan perbelanjaan ICT daripada CAPEX kepada OPEX.”

“Pada peringkat negara, kami mengalu-alukan peluang untuk bekerja bersama sektor swasta seperti Maxis dan mengerahkan teknologi yang diinginkan. Usaha kolektif kami akan membantu Malaysia merealisasikan cita-citanya untuk menjadi pemimpin dalam industri ICT di peringkat global dengan lebih cepat,” tambah Datuk Badlisham.

Maxis Cloud

Fitri Abdullah, Naib Presiden Kanan, Perkhidmatan Perniagaan Maxis, menambah: “Sama ada perniagaan besar atau kecil memerlukan perkomputeran tambahan atau kapasiti interaksi pelanggan, untuk menghadapi naik turun bermusim, kempen secara besar-besaran atau dengan perniagaan berterusan jangka panjang dan pengurangan penggunaan tenaga: perkhidmatan awan boleh diperluaskan untuk memenuhi dan membantu dalam menguasai keadaan tersebut, apabila diminta.”

”Bayangkan sebuah perniagaan runcit kecil seperti penjual bunga, yang mendapat tempahan tambahan secara tiba-tiba, sempena musim perayaan. Dengan penyimpanan data pembayaran untuk setiap penggunaan (pay-per-use) Maxis Cloud dan menggunakan pengisian pengurusan perhubungan pelanggan, penjual bunga tersebut boleh terus melayani pesanan pelanggan seperti biasa. Prinsip yang sama boleh diaplikasikan kepada jenama besar yang ingin melancarkan kempen yang akan berlangsung untuk satu tempoh yang tertentu. Dengan perisian perakaunan yang dapat memberi perhatian yang ketat ke atas nombor, dan keupayaan untuk menguruskan sumber yang perlu melalui portal layan diri, syarikat itu mendapat tinjauan yang lebih baik dan memastikan kawalan yang lebih baik dalam kemajuan kempennya. Perkhidmatan awan membolehkan perniagaan memberi tumpuan kepada memenuhi keperluan pelanggan yang semakin meningkat dan membangunkan produk teras masing-masing kepada tahap kompetitif dan nilai yang lebih tinggi.”

Ramaswami Venkatesan, Pengurus Besar Negara, Perkhidmatan Teknologi, Hewlett Packard – rakan kongsi dalam membina infrastruktur Maxis Cloud – berkata, “Pengintegrasian komponen terkini, teknologi dan perkhidmatan Maxis Cloud, dari asas kukuh penyelesaian teknologi melalui rangkaian canggih, membolehkan penawaran terkini IaaS sebagai perkhidmatan awan yang paling canggih, selamat dan mesra untuk pengguna di Malaysia.

Maxis Cloud menawarkan perniagaan ekosistem awan yang unik sebagai perkhidmatan yang terurus, dan memaparkan portal layan diri yang mempunyai ciri-ciri seperti: antara muka (interface) yang mudah, keperluan statistik yang masa nyata, tempat penyimpanan maklumat bil yang tunggal, dan pengurusan kawalan jauh yang mudah di samping sambungan yang selamat.

Maxis Cloud boleh diakses melalui penyelesaian hubungan perniagaan termasuklah Perniagaan Internet Fiber Maxis yang baru, yang menyediakan perusahaan dengan kelajuan muat turun sehingga 32MB, iaitu yang paling laju di pasaran sekarang. Ia juga terdapat dalam pakej pilihan yang mempunyai kelajuan 4Mbps, 8Mbps dan 16Mbps. Dengan menggunakan penyelesaian rangkaian koheren optik 100G, Maxis dapat menangani keperluan jalur lebar yang semakin meningkat dan penggunaan data yang didorong oleh telefon pintar, tablet, modem dan perkhidmatan fiber-ke-premis, sementara menyediakan sambungan berkelajuan tinggi dan keupayaan pemulihan automatik kepada perusahaan untuk pusat data dan perkhidmatan seperti perkomputeran awan dan komunikasi mesin ke mesin (M2M). Tambahan pula, melalui kerjasama dengan Telekom Malaysia, Maxis dapat menawarkan perkhidmatan dalam semua kawasan liputan HSBB di seluruh Malaysia.

Maxis baru-baru ini menjadi tuan rumah kepada komuniti awan yang muncul di Malaysia dan syarikat perisian antarabangsa pada 20 Julai di Kuala Lumpur. Peserta memberi maklum balas yang positif sehingga ada di kalangan mereka kini melalui peringkat pembangunan inkubasi. Mereka termasuklah syarikat seperti Wavelet Solutions, IMEUS dan TOMMS, dan pembekal seperti EWO dan Henry Butcher. Syarikat-syarikat ini menjangkakan operasi yang lebih pantas, inovasi yang disampaikan dengan lancar, perbezaan mata yang kompetitif dan lebih lancar, dengan memanfaatkan kemampuan dan fleksibiliti Maxis Cloud, serta keselamatan, tempoh berfungsi yang boleh dipercayai, boleh diakses dan berskala.

Pembekal penyelesaian titik jualan, Wavelet, sekarang akan bergantung kepada pengesohan internet yang teguh daripada Maxis Cloud untuk memberikan kepuasan kepada pelanggan. Pembekal penyelesaian penjagaan kesihatan dalam talian, IMEUS, akan menggunakan Maxis Cloud untuk mengurangkan kos untuk memberi perkhidmatan lancar kepada pengamal perubatan yang bertanggungjawab terhadap kesejahteraan pesakit di negara ini. Pembekal teknologi strim secara langsung (live streaming) EVVO Media akan bergantung kepada Maxis Cloud untuk membolehkan pelanggan menstrim siaran atas permintaan daripada laman web mereka. Perunding aset Henry Butcher juga akan menaikkan skala untuk memenuhi keperluan portfolio pelanggan yang berkembang dengan menggunakan sumber IT atas permintaan Maxis Cloud.

Untuk maklumat lanjut mengenai Maxis Cloud, sila hubungi Perkhidmatan Perniagaan Maxis di talian 1800 82 1919 atau layari www.maxis.com.my/business

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Syawal Emas Bersama Safi Rania Gold

Dashboard Confessional Batal Untuk Join Rockaway 2011