in

Maxis Lancar iPhone 4S & Pelan Baru iValue

Maxis membawa iPhone 4S ke pelanggan
• Pelan baru iValue dengan gabungan data mudah alih & WiFi tertinggi sehingga 11GB
• Aplikasi Eksklusif Maxis – Perkhidmatan Pelanggan Maxis

Maxis Berhad (‘Maxis’), peneraju penyedia telekomunikasi bersepadu Malaysia, dengan sukacitanya memperkenalkan iPhone 4S kepada para pelanggannya tepat pada jam 12 malam, dengan sebuah majlis pelancaran khas di Pusat Konvensyen KLCC. Pada masa yang sama, Maxis juga telah memperkenalkan peranti ini di Johor Bahru, Pulau Pinang, Kuantan, Kota Kinabalu dan Kuching. iPhone 4S boleh didapati di semua Pusat Maxis dan Rakan Eksklusif Maxis (Maxis Exclusive Partners – MEPS) di seluruh negara bermula Jumaat, 16 Disember 2011.

Maxis

Sandip Das, Ketua Pegawai Eksekutif Maxis, menyatakan, “Mempunyai sebuah iPhone dengan Maxis merupakan satu pengalaman yang istimewa. Kami amat berbesar hati untuk membawa model terbaru iPhone, iaitu 4S, kepada pelanggan-pelanggan kami, setelah membawa iPhone pertama ke Malaysia pada tahun 2009. Maxis terus menjadi peneraju dalam membawa telefon pintar kepada pelanggan, dan kami telah menawarkan pelbagai jenis sejak dua hingga tiga tahun yang lalu. Hasilnya di mana, kami sudah mempunyai lebih daripada 7.5 juta pengguna Internet mudah alih yang aktif.”

“Maxis menyokong permintaan berterusan pelanggan untuk perkhidmatan internet, dan Maxis telah bekerja keras untuk meningkatkan pengalaman rangkaian datanya, bersama dengan kandungan yang menarik di samping menawarkan pelbagai pakej data untuk pilihan para pelanggan . Sebagai permulaan, kami mempunyai rangkaian data terbesar dan juga telah memperkenalkan aplikasi eksklusif yang dibangunkan khas untuk iPhone 4S, yang akan memperkayakan pengalaman pelanggan Maxis selain apa yang lazimnya ditawarkan di mana-mana saja.”

Maxis menawarkan empat pelan iValue yang baru untuk para pelanggannya, dengan gabungan data mudah alih dan WiFi yang tertinggi sehingga 11GB, membolehkan mereka benar-benar menikmati peranti ini yang kaya dengan pelbagai ciri-ciri. Pelanggan-pelanggan setia Maxis yang telah menjadi sebahagian daripada komuniti iPhone Maxis sejak ia melancarkan iPhone 3G, 3GS dan 4, akan menjadi antara peminat-peminat iPhone yang pertama di kalangan yang telah mendaftarkan minat mereka untuk mendapatkan iPhone 4S dari Maxis dan menikmati pelan baru secara automatik.

Antara tambahan yang baru kepada pelan iValue termasuk peningkatan kuota data serta sambungan WiFi percuma sebanyak 4GB setiap bulan merentasi semua hotspot Maxis di seluruh negara. Dengan tambahan sambungan WiFi percuma, Maxis kini menawarkan pelanggan peruntukan data mudah alih yang tertinggi. Untuk memeriksa hotspot WiFi yang terdekat, pelanggan boleh memuat turun aplikasi Maxis WiFi dari kedai App secara percuma.

Di bawah pelan Maxis, iPhone 4S yang baru ini datang dengan aplikasi yang dibangunkan oleh Maxis. Antaranya adalah aplikasi Perkhidmatan Pelanggan Maxis, yang merupakan aplikasi perkhidmatan pelanggan syarikat telekomunikasi yang pertama yang terdapat pada iPhone di Malaysia. Dengan aplikasi ini, pelanggan Maxis boleh mengakses akaun mereka dan maklumat bil dengan mudah, melanggan atau membatalkan langganan kepada perkhidmatan tambah nilai dan menghubungi Khidmat Pelanggan Maxis menggunakan saluran pilihan mengikut keselesaan mereka.

Pelanggan juga akan menikmati pelan ansuran dengan kadar faedah 0% dan pelanggan-pelanggan yang sedia ada akan dapat menaiktaraf kepada pelan baru yang menampilkan ciri-ciri data yang telah dipertingkatkan dan WiFi. Mereka juga dapat melanjutkan kontrak mereka dengan Maxis, membolehkan sesiapa sahaja untuk memiliki iPhone dengan Maxis.

Harga dan Pelan Tarif:
Pelan iValue Maxis iPhone 4S iValue 1 iValue 2 iValue 3 iValue 4
Komitmen Bulanan
Minit Tempatan Percuma 333 667 1500 2500
Data Tempatan Percuma 1GB 3GB 5GB 7GB
WiFi Percuma 4GB 4GB 4GB 4GB
SMS On-Net Percuma 200 400 600 800
MMS On-Net Percuma 20 40 60 80
Pelan iPhone 4S 16GB
12 bulan 1,750 1,650 1,250 1,150
24 bulan 1,450 1,250 500 FREE
Pelan iPhone 4S 32GB
12 bulan 2,050 2,000 1,600 1,450
24 bulan 1,750 1,600 800 350*
Pelan iPhone 4S 64GB
12 bulan 2,400 2,300 1,900 1,750
24 bulan 2,100 1,950 1,150 750

*Pelanggan akan menikmati naik taraf PERCUMA dari iPhone 4S 16GB ke 32GB apabila mereka melanggan pelan iValue 4 untuk kontrak 24 bulan untuk 30 hari yang pertama dari tarikh pelancaran.

iPhone 4S merupakan iPhone yang paling menakjubkan, penuh dengan ciri-ciri baru yang luar biasa termasuk cip dwi-teras A5 Apple untuk prestasi yang laju dan grafik yang menarik; kamera baru dengan optik yang dipertingkatkan dan resolusi rakaman video 1080p HD yang penuh. Dengan pelancaran iPhone 4S juga datang pelancaran iOS 5, sistem operasi mudah alih yang paling maju di dunia dengan lebih 200 ciri-ciri baru; dan iCloud, iaitu satu set perkhidmatan awan yang percuma yang berfungsi dengan iPhone, iPad, iPod touch, Mac atau PC, untuk menyimpan kandungan anda dalam iCloud dan menolaknya kepada semua peranti anda secara automatik dan tanpa wayar.

Untuk maklumat lanjut mengenai harga dan pelan tarif Maxis untuk iPhone 4S, sila layari laman web www.maxis.com.my/iphone

Untuk maklumat lanjut mengenai iPhone 4S, sila layari www.apple.com/iphone

Maxis

Maxis

Maxis

Maxis

Maxis

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

U Mobile Open Store Seberang Jaya Penang

Sekitar Pembikinan Video Klip BERDUA Alvin Anthons