in , , ,

Mawar Rashid & Saharul Ridzwan Dalam Dia Pengantinku

Drama adaptasi novel bertajuk “Dia Pengantinku” karya Nurfaza Alisya yang mempertemukan gandingan pelakon Mawar Rashid dan Saharul Ridzwan disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) mulai 24 Oktober ini, setiap Khamis hingga Ahad, pukul 7.00 malam menerusi TV1.

Dalam 26 episod arahan Pali Yahya ini, pelakon Saharul Ridzwan membawakan watak Syed Ashraf, Mawar Rashid (Aimi Najwa), Azrel Ismail (Kamil), Tisha Shamsir (Maya), Esma Daniel (Dato Syed Alwi) dan Elya Miera (Juhana). Turut berlakon Aleza Shadan, Catriona Ross, Azhar Amir, Azar Azmi, Elya Miera Ismail, Meor Mohd, Nynaa Harizal, Izzy Reef, dan Nada Nursyuhada.

Mengisi slot Widuri di TV1, kisahnya tentang Aimi Najwa seorang gadis cantik keturunan Belanda, namun amat payah untuk mencari jodoh. Apatahlagi baginya, kerjayanya lebih penting daripada memikir soal jodoh. Dengan sikapnya yang panas baran sukar dikawal. Tambahan pula dia bukan seperti gadis lain yang pandai memasak.

dia pengantinku drama novel

Jiwa Aimi Najwa semakin tidak menentu bila mengetahui lelaki yang pernah menjadi mangsa tengkingannya adalah anak majikannya sendiri. Lelaki itu juga yang menyambutnya ketika mahu jatuh pada karnival pengantin, yang dimarahinya kerana melanggarnya ketika keluar dari lif.

Aimi Najwa cuba menyembunyikan diri namun terpaksa juga berdepan dengan situasi tersebut. Yang penting rahsianya tidak diketahui teman sepejabatnya. Begitu pun kemarahannya tidak dapat dikawal bila terdengar suara Syed Ashraf memanggilnya ‘Cik Pengantin’. Gelaran yang paling dibenci olehnya.

Tanpa diduga dirinya dirisik. Aimi Najwa buntu memikirkan cara menolak. Ketika itu Aimi Najwa dikenakan syarat oleh abah dan uminya untuk mengenali semula lelaki yang pernah menjadi teman zaman kanak-kanaknya. Cinta monyet yang pernah terjadi antara mereka dahulu iaitu si chubby Bobo atau nama penuhnya Shahabudin.

Dia Pengantinku di TV1

Namun takdir menentukan cinta itu hadirnya tanpa diundang dan diduga. Itulah yang terjadi kepada Aimi Najwa. Dia senang dengan sikap penyayang yang ditonjolkan Shahabudin. Tanpa sedar ada perasaan istimewa di hatinya untuk Syed Ashraf. Dua lelaki yang berlainan watak sama sekali.

Begitu pun sikap kedua-dua lelaki ini yang sama membuatkan dia keliru. Kedua-duanya berjiwa lembut dan penyayang yang dalam diam mengundang senang di hatinya.

Ketika cintanya untuk Syed Ashraf sudah nekad terbongkar satu cerita yang tak pernah disangkanya sama sekali. Sukar untuk Aimi Najwa menerima kenyataan tersebut yang telah mengubah perasaannnya terhadap pemuda itu. 

Cuba membawa diri dia menjauhkan diri daripada lelaki yang disayanginya itu. Namun semakin dia menjauhi insan yang mencintainya, hatinya mula terbit rasa rindu. Tambahan pula dengan kehadiran gadis cantik menawan bernama Tengku Elisa yang semakin rapat dengan insan yang telah melukai hatinya itu. Perasaan cemburunya sukar disembunyikan.

babak dalam dia pengantinku

Dia keliru, adakah ini yang dinamakan cinta? Siapa yang Aimi Najwa cintai? Siapa yang harus dia pilih? Shahabudin atau Syed Ashraf?

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Yang Aneh Aneh: Senarai Lagu Konsert Gegar Vaganza 2019 Minggu 3

Farah Nabilah Umum Bakal Nikah dengan Amirul Pada 20 Disember 2019