in , ,

Masya Masyitah Berjaya Mara Ke Peringkat Akhir Yippi Star Quest 2020

Bakal Mewakili Malaysia Dalam Pertarungan Hebat Dengan Filipina

Setelah beberapa bulan bertarung secara atas talian, pertandingan mencungkil bakat Yippi Star Quest 2020 bakal sampai ke penghujungnya. Mewakili Malaysia, penyanyi muda dan berbakat besar yang berjaya menawan industri muzik Cina tempatan dan baru sahaja melancarkan single terbaharu berjudul ‘Hapus’, Masya Masyitah, telah berjaya menumpaskan peserta atas talian yang lain dan bakal mewakili Malaysia dalam peringkat akhir menentang peserta dari Filipina, Phem, yang bakal berlangsung secara atas talian pada 25 Oktober 2020 pada jam 8:30 malam dia portal aplikasi Yippi.

Bakal Mewakili Malaysia Dalam Pertarungan Hebat Dengan Filipina

Walaupun Masya merupakan peserta berbangsa Melayu, beliau yang mahir dalam berbahasa Mandarin dengan sebutan yang jelas berjaya meraih perhatian dan menjadi pilihan utama di platform sosial Yippi.

Masya Masyitah Berjaya Mara Ke Peringkat Akhir Yippi Star Quest 2020

Pada malam separuh akhir, Masya telah menambat hati penonton atas talian dengan menyanyikan lagul-lagu dalam bahasa Mandarin, Melayu, Inggeris dan Indonesia yang dipinta oleh penonton.

Selain itu, beliau juga berjaya menarik minat dan mampu berinteraksi dengan baik dengan penonton atas talian dengan mempamerkan bakatnya, sekaligus menunjukkan kemampuan Masya bercakap dalam bahasa Mandarin sewaktu pertandingan tersebut sedang berlangsung.

Bukan itu sahaja, perwatakan beliau yang menarik dan menyenangkan yang ditonjolkan membuatkan penonton daripada pelbagai kaum serata rantau Asia Tenggara telah sepakat mengundi beliau sehingga ke penghujungnya kerana percaya bakat yang Masya ada, dan itulah sebab beliau dipilih sebagai juara di antara 3,000 peserta lain untuk mewakili Malaysia.

Masya Masyitah Berjaya Mara Ke Peringkat Akhir Yippi Star Quest 2020
Bakal Memberikan Yang Terbaik Demi Peringkat Akhir,  Jeryl Lee & Ribbon Ooi Diundang Sebagai Sokongan Padu

Oleh kerana sambutan yang luar biasa daripada pengguna aplikasi Yippi, pertandingan akhir Yippi Star Quest 2020 akan dilanjutkan dari 1 jam ke 1 jam 30 minit dan keputusan akhir akan dikira dari jam 8 sehingga 10:30 malam dengan pertarungan sengit di antara kedua-dua finalis.

“Banyak yang telah saya pelajari dan pelbagai pengalaman yang saya peroleh sepanjang berlangsungnya pertandingan ini terutamanya bagaimana hendak membuat penonton online terus berminat dengan persembahan saya.

Tiada platform lain sehebat Yippi, saya sangat teruja untuk memberikan yang terbaik dan saya harap peminat saya di luar sana dapat menonton secara online dan terus memberikan sokongan yang padu,”

– Masya Masyitah

Masya yang kini sedang giat berlatih bakal menunjukkan kekuatan beliau sebagai seorang penghibur dan pengaruh sosial media akan menampilkan Jeryl Lee dan Ribbon Ooi sebagai sokongan padu ketika pertandingan tersebut.

Kedua-dua Jeryl dan Ribbon merupakan peserta dengan keputusan cemerlang, dan jika digabungkan ketiga-tiga mereka sesuatu yang menakjubkan bakal berlaku.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lirik Lagu Mia Lateefa Berjudul HUJUNG DUNIA

Instafamous Jadi Ibu Ayam, Sasar Golongan Artis Untuk Jadi Pemuas Nafsu Orang Kenamaan