in

Marshal Anwar SEMAKIN FOBIA

PROMOTER SEMAKIN FOBIA – DIPETIK DARI GUA

Berikutan kegagalan promoter membawa artis dangdut popular Indonesia, Inul, yang popular dengan goyangan gerudinya. Banyak syarikat promoter di negara ini fobia untuk membawa artis luar ke Malaysia.

Pengarah Eksekutif IMS Prima Sdn Bhd, Encik Marshal Anwar berkata, “Jika terjadi pembatalan di saat akhir seperti Konsert Inul ‘Live In JB’ baru-baru ini. Artis tidak risau kerana mereka sudah menerima wang deposit dan sebagainya. Yang risau ialah promoter, kerana sudah membelanjakan jumlah yang besar. Sebagai contoh, dalam kes Inul, IMS Prima kerugian lebih RM 500,000.00.”

Tatkala ditanya apa sebenarnya masalah berlaku yang membawa sehingga pembatalan konsert itu di Malaysia, Marshal berkata, “Pada mulanya kami telah menerima kebenaran dari PUSPAL, sebuah organisasi di bawah Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, tetapi ketika di Johor Bahru, pihak di sana tiba-tiba menarik kelulusan yang diberi.”

“Memikirkan reputasi syarikat sebagai promoter yang membawa artis luar, kami berusaha untuk mancari venue yang sesuai sehinggalah menerima kerjasama dari pihak pengurusan stadium Bukit Jalil. Kami sangkakan, perkara itu berakhir dengan baik, namun, sekali lagi, permit pihak polis tidak dapat diperolehikan atas alasan keselamatan.”

Jika sebelum ini, IMS Prima telah berjaya membawa Inul ke Malaysia pada tahun 2006 yang lalu, tetapi percubaan untuk kali kedua mereka telah gagal. Persoalan yang timbul, adakah senario politik dewasa ini telah menyebabkan perkara seperti itu berlaku. Marshal memberikan penjelasan.

“Itu satu isu yang sensitif. Mungkin dari sudut politik, membawa masuk Inul akan memberikan kesan negatif. Kami tidak boleh membuat apa-apa. Dalam kes Inul ini, ada wakil dari parti politik tertentu telah berjumpa dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur dalam menyuarakan protes mereka mengenai konsert Inul ini. Jadi, terpulang kepada mereka untuk menilai dan mempunyai perspektif berbeza.”

Pembatalan konsert memang sesuatu yang cukup memedihkan. Namun disebalik itu, ketika mengadakan sidang media pembatalan konsert tersebut yang turut dihadiri oleh Inul juga wakil media. Ada suara-suara sumbang yang mengatakan tindakan Inul menangis dan hampir pengsan itu satu lakonan untuk mendapatkan publisiti.

Menjawab tohmahan itu, Marsyal Anwar berkata, “Itu bukan satu lakonan. Dia memang sepatutnya datang pada hari itu. Lagi pun, tiket penerbangan sudah ditempah. Jadi, jika Inul sudah tahu dahulu mengenai pembatalan itu dan tidak datang ke Kuala Lumpur, kami masih rugi. Begitu juga dengan penginapan.”

“Seperkara lagi, IMS Prima berfikir, dengan kemunculan Inul di dalam sidang media itu, ianya menunjukkan komitmen serta kesungguhan pihak kami untuk membawa Inul ke Malaysia.”

“Selain itu, perkara Inul menangis dan hampir pengsan, memang satu luahan dari hatinya. Ini kerana dia cukup teruja untuk mengadakan konsert di sini kerana mengetahui sambutan dan penonton yang cukup hebat. Bila tahu mengenai pembatalan tersebut, dia cukup kecewa.”

Di sebalik kegawatan mengenai pembatalan konsert Inul ‘Live In JB’ yang sepatutnya diadakan. Satu lagi persoalan yang wujud ialah bagaimana Pussy Cat Dolls, kumpulan penyanyi wanita yang cukup seksi mampu ‘menghangatkan’ konsert di negara ini, anjuran sebuah siaran televisyen hiburan.

Dengan perubahan dalam senario politik sekarang, adakah pihak IMS Prima masih ingin membawa artis-artis yang dikategori sebagai ‘panas’ dari luar untuk menghangatkan pentas di Malaysia, lantas Marsyal membalas, “Ianya satu cabaran. Kami teruja, dan akan cuba membawa mereka masuk selagi mendapat tajaan dan tiket-tiket mendapat sambutan.”

“Namun, perkara utama yang diutamakan adalah sensitivi dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. Mungkin selepas ini kami akan menganjurkan Festival Nasyid Sedunia pula.” tambahnya lagi.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Misha Omar Jadi Pekak Sebab Pendarahan Dalam Telinga?

KIMORA LIFE IN THE FAB LANE