in , ,

Tahniah! Marion Caunter Hamil Anak Kedua

Di pagi Isnin yang damai ini, Budiey menerima berita yang gembira daripada seorang pengacara popular yang jelita iaitu, Marion Caunter di mana beliau mengumumkan sedang hamil anak kedua menerusi akaun Instagram miliknya, pagi tadi.

Wah, murah rezeki betul Marion dan suami. Nampaknya Leia Rose nak dapat adik la tak lama lagi. Tahniah Budiey ucapkan.

Pengacara E! News Asia berusia 32 tahun ini turut memuat naik sekeping foto yang menunjukkan perutnya yang jelas kelihatan membonjol. Yeay!

Marion Caunter

Yup! Leia Rose is gonna be a big sister. @smnasarudin and I are thrilled and feel so blessed. Pls keep us in your prayers for a smooth and safe journey (Ya, Leia Rose bakal menjadi kakak. Saya dan SM Nasarudin sangat teruja dan bersyukur. Doakan kami supaya semuanya berjalan dengan lancar),”

Marion dan SM Nasarudin telah berkahwin pada 16 Disember 2010 dan menyambut kelahiran anak pertama mereka, Leia Rose pada hari ulang tahun pertama perkahwinan.

Marion Caunter
Marion

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Betul Ke Sabhi Saddi Sudah Berkahwin & Ada Anak?

Najwa Latif Sambung Belajar di Unitar International University