in

Mari Menari Minggu 7 Tiada Penyingkiran

Tiada Penyingkiran di Minggu Ketujuh

Kesemua tujuh (7) pasangan yang masih kekal dalam persaingan Mari Menari menarik lafaz lega apabila tiada penyingkiran yang dilakukan pada Penentuan Mari Menari. Terdahulu pada malam Sabtu lalu dalam siaran langsung Mari Menari, pengacara Awal Ashaari dan Lisa Surihani telah mengumumkan tiada penyingkiran yang akan dilakukan pada minggu ketujuh. Ini bermakna, kesemua pasangan akan meneruskan saingan pada minggu hadapan.

Pengumuman ini ternyata menggembirakan suami isteri; pasangan ARIZ, pasangan FAHMI, pasangan RAZIF, pasangan ROSDI, pasangan ZARIN, pasangan ZUL, dan satu pasangan adik beradik; pasangan NITA. Keputusan ini turut disambut baik para penonton, kaum keluarga serta tidak terkecuali para penasihat yang terdiri daripada Erra Fazira, Lisdawati dan Ferhad. Manakala Zulhuzaimy sudah direhatkan sebagai Penasihat kerana kesemua anak buahnya telah tersingkir daripada persaingan Mari Menari.

para pasangan yang masih kekal dalam Mari Menari

Menurut Pengurus Saluran Astro Ria, Puan Azlin Reza Azmi berkata, “Pihak Astro telah mengalami kesulitan teknikal pada 27 November 2010 yang menyebabkan pihak kami tidak dapat menerima sebarang undian SMS yang dihantar menggunakan khidmat syarikat Telco Maxis dan Digi untuk sebarang program terbitan Astro. Ini termasuklah Peraduan Tayangan Hebat, Undian SMS Mari Menari dan sebagainya.

Untuk program Mari Menari secara khususnya, kami sudahpun membuat pengumuman yang – talian undian Mari Menari telah ditutup dan dengan itu tiada sebarang penyingkiran akan dibuat sewaktu Siaran Langsung Mari Menari Minggu Ketujuh pada 27 November 2010. Sebarang undian SMS yang dihantar menggunakan khidmat syarikat Telco Maxis dan Digi sepanjang tempoh kesulitan ini tidak akan dikira dan dikenakan sebarang caj. Manakala segala undian terkumpul yang dihantar menerusi syarikat Telco selain Maxis dan Digi pada minggu ketujuh pula akan dibawa ke minggu berikutnya.

Azlin menambah, “Walau bagaimanapun, dua penyingkiran akan dibuat serentak pada minggu berikutnya iaitu pada 5 Disember 2010. Pihak Astro sekali lagi ingin memohon maaf di atas segala kesulitan yang berlaku.”

Bertemakan malam Fiesta Bollykolly untuk minggu yang ketujuh malam Sabtu lalu, kesemua pasangan ini telah mempersembahkan tarian dengan iringan lagu-lagu daripada filem Hindustan dan Tamil. Pasangan Nita yang mendapat tunjuk ajar Belalang memulakan persembahan diiringi lagu O Pudu, runut bunyi daripada filem Gemini; pasangan Zul mendapat tunjuk ajar Ray diiringi lagu Manmatha Rasa daripada filem Thiruda Thirudi; pasangan Ariz mendapat tunjuk ajar Khairul diiringi lagu Mujhe Rang De daripada filem Thakshak; pasangan Fahmi mendapat tunjuk ajar Papa J dengan irangan lagu Jumbalika daripada filem Thakshak; pasangan Rosdi mendapat tunjuk ajar Simon dengan iringan lagu I’m The Best daripada filem Phir Bhi Dil Hindustani; pasangan Zarin mendapat tunjuk ajar Dayana dengan iringan lagu Aal Thotta Boopathi daripada filem Youth dan pasangan Razif mendapat tunjuk ajar Acid dengan iringan lagu Baawre dari filem Luck By Chance.

Ketua juri, Joseph Gonzalez juga telah memberikan pasangan RAZIF, pasangan ARIZ dan pasangan NITA markah bonus berdasarkan persembahan berkumpulan pada Penentuan Mari Menari. Pada minggu ketujuh tanpa undian Sistem Pesanan Ringkas (SMS), pasangan ARIZ telah mendapat undian tertinggi daripada pihak juri dengan 49 peratus, diukuti pasangan RAZIF dengan 47 peratus, pasangan ZUL 43 peratus, pasangan NITA 42 peratus, pasangan ZARIN 42 peratus, pasangan FAHMI 40 peratus dan pasangan ROSDI di tempat terakhir dengan 36 peratus.

Pada Penentuan Mari Menari, pemilihan koreografer untuk minggu kelapan telah diadakan secara langsung. Ini telah mencetuskan beberapa drama antaranya apabila koreografer Ray telah menjadi rebutan pasangan Fahmi, pasangan Zarin dan pasangan Rosdi yang mana akhirnya Ray memilih pasangan Fahmi. Manakala pasangan Ariz dan Zul masing-masing selesa dengan koreografer minggu lalu, Khairul dan Belalang. Pasangan Nita memilih Simon; pasangan Zarin memilih Dayana; pasangan Razif memilih Papa J, dan pasangan Rosdi memilih Acid.

Untuk keterangan lanjut, layari laman web rasmi www.astro.com.my/marimenari dan portal hiburan rasmi murai.com.my atau tekan butang merah ”R” di alat kawalan jauh anda.

Jangan lupa untuk saksikan program-program hebat Mari Menari setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad, jam 9.00 malam menerusi saluran Astro RIA di 104.

Awal Ashaari disamping juri profesional, Joseph Gonzalez

Koreografer Ray menjadi rebutan

para pasangan bersama penasihat dan koreografer

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Program Menarik TV9 Disember Ini

Peraduan Jom Menonton Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah