in , ,

Manja Dengan Adik Baru, Telatah Comel Anak Jep Sepahtu Jadi Tumpuan Netizen

Sudah lumrah kanak-kanak akan berasa teruja apabila mereka sudah mendapat adik baru. Bukan sahaja ada kawan untuk bermain, malahan sekurang-kurangnya dengan kehadiran bayi itu adalah tempat mereka bermanja.

Perkara tersebut turut dirasai oleh anak perempuan kepada selebriti terkenal iaitu Jep Sepahtu dan Sari Yanti baru-baru ini.

Menerusi posting di Instagram, Sari Yanti telah memuat naik video Dariya Inara bersama dengan adik lelakinya. Dalam masa sama, kanak-kanak perempuan itu memeluk dan memanggil nama Khidir dalam nada yang lembut.

Manja Dengan Adik Baru, Telatah Comel Anak Jep Sepahtu Jadi Tumpuan Netizen

Dia turut melentokkan kepalanya di atas tilam seolah-olah ingin menarik perhatian dan bermanja dengan baby tersebut.

Isteri kepada Jep Sepahtu turut menyifatkan telatah yang ditunjukkan oleh anak perempuannya itu seperti seorang kakak penyayang.

Di ruangan komen posting berkenaan, dibanjiri dengan komen netizen dan rata-ratanya memuji Dariya Inara memiliki sifat penyayang kerana pandai menjaga adiknya.

Selain itu, mereka turut mengatakan kecomelan yang dimiliki oleh si cilik itu sama seperti ibunya. Secara keseluruhan, video tersebut berjaya meraih lebih 100 ribu jumlah tontonan setakat ini.

Manja Dengan Adik Baru, Telatah Comel Anak Jep Sepahtu Jadi Tumpuan Netizen
Manja Dengan Adik Baru, Telatah Comel Anak Jep Sepahtu Jadi Tumpuan Netizen

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dr Say Shazril Teruskan Niat Bergelar Pelakon Walaupun Keluarga Tak Izin

Yang Anda Perlu Tahu Tentang Immortal Songs Malaysia