in

Man Kidal Jemput Komposer Sumbang Lagu Untuk Aristokrat 360

Masih ingat tak lagi dengan pemain gitar bertaraf ‘legend’, Man Kidal? Ya, apa yang Budiey tahu, dia salah seorang gitaris rock otai dan terhandal di Malaysia. Tersohor dengan petikan gitar dalam lagu bersama band Lefthanded, beliau sememangnya sangat mahir ‘menggoreng’ lagu-lagu rock dengan petikan jemari kirinya. Selain itu, Man Kidal juga berbakat dalam mencipta lagu tetapi kebanyakannya disumbangkan kepada kumpulannya sendiri iaitu Lefthanded. Di antara lagu ciptaan Man kidal ialah Lanun- Lefthanded (Man kidal & Lefthanded / Jabar Isnin, Debunga wangi- Lefthanded (Man kidal & Lefthanded /Jabar Isnin dan Kenangan bersamamu- Lefthanded (Man kidal & Lefthanded / Ya.

Lama betul tak dengar berita terbaru Man Kidal ni. Sebelum ini, Budiey dapat tahu Man Kidal ada menghasilkan album solo pertama Album Rockestra.

Terbaru, Budiey ada dengar tentang berita tentang Man Kidal yang akan tampil dengan sebuah album solonya yang mana album ini akan menggabungkan Man Kial & Friends berjudul Aristokrat 360. Difahamkan album ini akan diterbit oleh Universal Music Malaysia.

Dengar-dengarnya, album ini berkonsepkan irama ala-ala santana. Pergh! Mesti mantap ni kan? Korang tahu la muzik Santana ni macamana kan. Tapi samada sama atau tidak, yang penting konsep ala santana memang semua boleh layan. Selain itu, album ini akan turut menampilkan juga barisan artis terkenal tanahair tak kira lama dan baru.

Apa-apa pun, album ini masih dalam peringkat mengumpulkan material dan lagu. Jadi, jika ada komposer atau pencipta lagu yang mahu menyumbangkan lagu dan lirik untuk album ini, bolehlah menghubungi Man Kidal ya.

Setelah album Aristokrat 360 ini siap, Budiey dengar pihak label Universal Music Malaysia akan mengadakan show bergerak atau Showcase Tour di seluruh Malaysia.

Budiey difahamkan satu sidang media pengumuman tentang pembikinan album ini akan diadakan tak lama lagi.

Budiey: Mahu berbuka puasa bersama dengan artis Universal Music? Ya, Budiey dengan kerjasama Universal Music akan menjemput 10 orang pembaca untuk ke Majlis Berbuka Puasa Universal Music yang akan diadakan pada 25 Ogos ini. Jadi, nantikan pengumuman dan peraduannya di blog ini. Terima kasih

man-kidal

Sedikit info tentang Man Kidal atau nama sebenarnya ialah Abdul Rahman bin Mahmood, beliau dilahirkan pada 1963 di Johor Darul Takzim. Gelaran “kidal” diperolehinya adalah kerana beliau bermain gitar dengan menggunakan tangan kiri. Mula bergiat aktif dalam bidang muzik ini sejak tahun 1979 lagi ketika itu beliau menganggotai kumpulan “The Lefthanded” dan telah ditukarkan nama kepada Kumpulan Lefthanded.

Man kidal mula bermain gitar sejak usianya 10 tahun lagi. Sejak itu beliau mula bermain gitar bersungguh-sungguh hingga berjaya menubuhkan kumpulan muzik bernama Lefthanded selaku pemain gitar utama di dalam kumpulan ini. Beliau telah mendirikan rumahtangga pada tahun 1980 bersama Nurlaila Yusof, dan mempunyai tiga orang anak – Mohd. Shefflee, Farah dan Norshahera serta mempunyai 3 orang cucu iaitu Mohd. Danial Aiman, Siti Nur Elysha dan Danish Haikal.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Siti Saleha & Zizan Raja Lawak dalam Cintaku 120KM/J

Pakej Buffet Berbuka Puasa di Shangri-La Hotel KL