in , ,

Mamat Khalid Nafi Ingkar Arahan Penggambaran

Pengarah terkenal, Mamat Khalid menafikan dakwaan filem terbaharunya, Lockdown menjalani penggambaran Ramadan lalu, sekali gus melanggar arahan larangan dikeluarkan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

Mamat berkata, filem terbitan syarikatnya, Enjit-Enjit Semut menjalani penggambaran sebelum tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. Kini, filem berkenaan dalam peringkat pos-produksi.

“Filem Lockdown arahan anak saya, Amin Khalid. Pada asalnya, judul filem, Benda Asing dan penggambarannya dijalankan sebelum tempoh PKP.

Bagaimanapun, memandangkan jalan cerita sesuai dengan situasi dialami hari ini, jadi judulnya ditukar kepada Lockdown.

“Sebaik sahaja filem ini selesai menjalani penggambaran, PKP pun bermula. Jadi, kami menghabiskan masa untuk menyiapkan proses suntingan dan sebagainya.

Saya muat naik dalam laman sosial pada Ramadan lalu bertujuan untuk promosi awal, bukannya filem sedang menjalani penggambaran,”

– Mamat Khalid

Pengarah filem Hantu Kak Limah itu memuat naik sedutan filem Lockdown dalam laman sosial, baru-baru ini. Tindakan Mamat mengundang persoalan apabila ada yang menyangkakan sengaja melanggar arahan yang tidak membenarkan sebarang aktiviti penggambaran.

Filem Lockdown menampilkan pelakon, Wan Raja itu mengikut langkah filem arahan Mamat sebelum ini, Manap Karaoke yang ditayangkan di saluran Astro First.

“Kita tidak tahu sampai bila pandemik COVID-19 ini akan berakhir. Pawagam juga masih belum beroperasi hingga hari ini. Jadi, daripada filem terbiar begitu sahaja, lebih baik saya tayang menerusi Astro First.

“Alhamdulillah, filem Manap Karaoke mendapat sambutan menggalakkan. Mungkin sebab orang ramai masih duduk di rumah, selain genre filem yang bersifat kekeluargaan dan komedi,” ujarnya.

– Mamat Khalid
Sumber: BH Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Siti Kasim Samakan Arak & Tahfiz, Abu Syafiq Ajak Berdebat

Luahan Rindu BCL Terhadap Ashraf Sinclair Dalam Video DEAR LOVE