in , , ,

“Malunya, Jangan Ingat Ini Fesyen Baru,”- Awal Ashaari Tersalah Pakai Seluar

Selain bakat, penampilan juga merupakan salah satu aset paling penting yang harus dimiliki oleh para selebriti. Oleh sebab itu juga ramai selebriti yang berlumba-lumba dengan gaya baru yang mereka pamerkan dalam setiap kesempatan. Mulai dari pakaian hingga rambut menjadi perhatian mereka saat akan hadir dalam sebuah acara.

Perkara yang sama telah berlaku kepada pengacara popular Awal Ashaari yang tampil dengan tuxedo ketika majlis resepsi elfira loy baru-baru ini. Namun apa yang hairannya ialah baju dan seluar Awal dilihat berlainan warna. Ekoran itu, Awal telah memuat naik status di laman instagramnya menyatakan tentang ‘moment of colour blind’ yang tak akan dilupakannya. 

Awal Ashaari

“Ni antara moment #colorblind yang tak dapat dimaafkan! I hosted #elfaris wedding few nights ago thinking that I pakai all black tuxedo for black tie event. Bila tengok balik gambar @kakiphoto ambik ni, baru perasan Awal pakai seluar tuxedo biru dengan jacket hitam!!! Omg tak boleh terima lah! Tolonglahh jangan ingat ni pesen baru! Malunyaaaaaaaa! PA pun rabun warna lah kot. Dia yang hulurkan baju ni,”

– IG Awal Ashaari

Namun, apa yang dilihat tidak ada perbezaan yang ketara di antara dua warna tersebut yang mungkin menyebabkan Awal dan PA tidak menyedari kesilapan tersebut. 

Rata-rata peminat telah memberi komen di gambar yang dimuat naik tersebut. Sebenarnya, netizen tidak perasan dengan kesilapan yang telah Awal lakukan kerana lebih tertumpu dengan kecantikan isterinya, Scha Alyahya.

Sumber : IG @awalashaari

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Rahsia Gambar Budak Digelar Mowgli Malaysia Yang Tular

Samsung Teases Galaxy Unpacked 2019 with Captivating Billboards in Paris