in

Malam Pertemuan Minda-Minda Kreatif Veedo.my

Malam Pertemuan Minda-Minda Kreatif

Veedo.my telah mengadakan sebuah sesi Meet & Mix untuk minda-minda kreatif tanahair beramah mesra, bertempat di Paradiso Lounge, Publika. Veedo.my, sebagai salah satu tenaga kerjasama festival seni visual grafik VGA Fest, telah mengadakan sesi ini sebahagian daripada program hari terakhir festival tersebut.

Veedo.my, inisiatif digital terbaru oleh Primeworks Studios dan Media Prima Digital, adalah sebuah laman web yang merapatkan hubungan antara jenama dan pembikin filem melalui pertandingan-pertandingan video yang menarik. Pembikin-pembikin filem profesional dan juga amatur dapat mencadangkan idea-idea mereka melalui laman web ini dan berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik.

Sesi Meet & Mix ini telah dimulakan dengan acara prapelancaran bagi laman web tersebut, di mana ketua Veedo.my, Marini Ramlan, berkongsi bersama tetamu-tetamu malam itu mengenai prosedur penggunaan laman web itu serta rancangannya dalam masa yang terdekat. Veedo.my merancang untuk menawarkan lebih banyak pertandingan video pada bulan-bulan yang akan datang, termasuk sebuah pertandingan khas untuk pelajar-pelajar universiti, satu projek kerjasama dengan jenama Live Out Loud (LOL) oleh Rangkaian Radio Media Prima.

Marini, yang juga merupakan Pengurus Pembangunan Perniagaan Primeworks Studios berkata:

“Kami amat bersyukur atas sokongan rakan-rakan kreatif yang sudi hadir pada acara Meet & Mix ini. Matlamat utama Veedo.my adalah untuk menyediakan sebuah platform di mana bakat-bakat dapat bekerjasama dan idea-idea dapat bergabung, dan sesi Meet & Mix ini dapat memberi peluang kepada mereka untuk bertemu secara offline juga.”

Ahmad Izham Omar, Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios, juga berkata, “Kami teruja untuk bekerjasama dengan pelbagai jenama, di mana mereka dapat menikmati capaian yang luas melalui kempen media bersepadu Veedo.my. Laman web ini juga dapat menjadi sumber inspirasi yang segar melalui idea-idea yang diketengahkan pembikin-pembikin filem. Kami percaya Veedo.my mempunyai potensi besar dalam membentuk cara jenama dan industri kreatif berinteraksi antara satu sama lain dalam masa terdekat.”

Mengenai Veedo.my
Veedo.my, satu inisiatif oleh Primeworks Studios dan Media Prima Digital, adalah sebuah laman web pertandingan video terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang ingin mencipta video untuk jenama-jenama. Laman web ini juga berfungsi sebagai platform alternatif untuk pihak jenama mencari bakat-bakat baru di Malaysia. Sejak penubuhannya pada lewat tahun 2012, Veedo.my merancang untuk menawarkan pertandingan-pertandingan menarik untuk pembikinan iklan, mesej kempen, pengumuman perkhidmatan awam, dan video muzik.

Laman Web Facebook Twitter
: www.veedo.my
: www.facebook.com/veedo.my : @veedoMY #veedoMY

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Maskara Lakonan Lisa Surihani, Nasha Aziz & Anzalna Nasir

Drama Menarik di TV3 Sepanjang April 2013