in

Malam Gala Filem Hantu Tok Mudim

Majlis dimulakan dengan selawat ke atas Nabi bagi merestui bakal-bakal anak lelaki yang akan diiktiraf menjadi orang muda dan diikuti dengan persembahan silat sebagai kemuncak majlis.

Ini adalah sebahagian dari gimik bagi mempromosikan filem “HANTU TOK MUDIM”, satu lagi terbitan Showbiz Production yang akan mula menggemparkan pawagam di seluruh Malaysia bermula pada 21hb November 2013 ini.

Majlis turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran pelakon-pelakon utama filem “HANTU TOK MUDIM” seperti Izzue Islam, Soffi Jikan dan Adrea Abdullah serta pengarah Waan Hafiz.

Filem bergenre seram komedi yang bakal ditayangkan adalah berkisarkan tragedi ngeri yang menghantui Kampung Seri Menawan apabila Hantu Tok Mudim muncul untuk membalas dendam terhadap seluruh penduduk kampung berkenaan.

Kelibat Hantu Tok Mudim akan menghantui hujung minggu anda, dengan penampilan khas Hantu Tk Mudim di pawagam-pawagam terpilih, bagi memeriahkan lagi promosi filem ini yang telah pun bermula pada 15hb November lepas.

Hantu Tok Mudim

Tajuk :
Hantu Tok Mudim

Logline:
Kampung Seri Menawan gempar apabila diserang kebangkitan Hantu Tok Mudim.

Sinopsis:

Tok Mudim, seorang jurukhatan terhebat di Kampung Seri Menawan. Kehebatannya tercalar dek kerana penangan cinta tiga segi pembantunya, Lebai Kulup, Salmah, dara pujaan kampung dan juga Borhan, anak manja Tok Penghulu Abohrudin yang memiliki rahsia peribadi.

Demi cintanya terhadap Salmah, Borhan akhirnya mahu berdepan dengan fobia lampaunya bertemu dengan Tok Mudim bersama Tok Penghulu Abohrudin untuk satu operasi rahsia. Tetapi malangnya, Lebai Kulup yang mencemburui Borhan telah mencuri dengar tentang rahsia Borhan dan merancang sabotaj untuk operasi malam tersebut.

Malam dinantikan tiba, kehebatan Tok Mudim teruji dengan ‘keliatan’ luar biasa Borhan. Kegagalan operasi malam itu, mengakibatkan Tok Mudim menjadi buruan penduduk Kampung Seri Menawan. Tok Mudim melarikan diri ke dalam hutan sehingga menyebabkan Tok Mudim jatuh ke dalam perigi dan mati di tempat kejadian.

Bermulalah tragedi ngeri, yang mula menghantui Kampung Seri Menawan apabila Hantu Tok Mudim muncul untuk membalas dendam terhadap seluruh penduduk kampung tersebut.

Penerbit : Showbiz Productions Sdn Bhd
Pengarah : Waan Hafiz
Penulis : Nurulsyahida Fadzil
Pelakon : Izzue Islam, Soffi Jikan, AR Badul, Harun Salim Bachik, Adrea Abdullah
Tarikh Tayangan : 21st November 2013

Filem Hantu Tok Mudim

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Big Bang at MAMA 2013 on 8TV

Drama Bini Aku Hantu Langsuir Pecah Rekod