in

Malam Alunan Gemilang Konsert Muzika Ekstravaganza

2 Konsert Hebat di RTM Pada 19 November Ini

Dua konsert hebat bakal menemui penonton setia Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 19 November depan yang disiarkan menerusi saluran TV1 dan TV2 dengan himpunan lagu-lagu popular dan artis-artis terkenal tanahair.

Pilihan di tangan anda sama ada untuk memilih saluran TV1 yang menyiarkan Malam Alunan Gemilang – Konsert Masihkah Kau Ingat , jam 3.05 petang yang penganjurannya di adakan bertujuan menyuntik kesedaran masyarakat tentang bahayanya penggunaan bahasa rojak digunakan secara berleluasa masa kini dan langkah segera perlu diambil untuk mengatasinya.

Malah konsert yang dianjurkan sempena memeriahkan sambutan Bulan Bahasa ini menyaksikan gabungan persembahan sketsa, pantun, sajak berirama dan deklamasi sajak disampaikan oleh pendeklamasi sajak terkenal negara, Prof Lim Swee Tin.

RTM

Penonton bakal dihiburkan dengan persembahan nyanyian oleh Ernie (lagu Srikandi Cintaku), Nora (lagu Jentayu), Kumpulan Koir Lim Kok Wing (lagu Bahasa Kebangsaan), Ahmad Ramli (lagu Katakan Padaku), Fitri Hakim (lagu Penyu Menangis), ArisAriwatan (lagu Lamunan Terhenti), Lan Kristal (medley keteguhan cinta lagu Ibukota Cinta, Cinta Sakti, Terima Kasih dan Lena di Ulit Intan), Najwa Latif (lagu Cinta Muka Buku), Kumpulan Putera (lagu Penantian), Nazrey Johani (lagu Tetamu Senja), Dato’ David Arumugam (lagu Layang-Layang Terputus Tali), Lan & The Typewriter (lagu Jeritan Batinku) dan Siti Nordiana (lagu Kurik-Kundi).

Selain itu diselitkan juga sketsa mencuit hati menggandingkan pelawak terkenal tanah air Ali Mamak, Angelina Tan, Accapan, Yuss dan Tauke selain persembahan pantun oleh Kumpulan Kebudayaan Universiti Malaya.

Peminat industri muzik pastinya menantikan Siaran Langsung Konsert Muzika Ekstravaganza … Mega Fenomena yang menyemarakkan TV2 (RTM), jam 8.30 malam yang turut disiarkan serentak menerusi saluran Suria (Mediacorp) yang mana menyaksikan tahun ini masuk tahun ke-enam RTM berkolaburasi dengan Mediacorp, Singapura menganjurkan konsert gergasi ini.

Tahun ini juga tiba giliran RTM menjadi tuan rumah dalam memahat sejarah gilang gemilang dalam industri hiburan serantau dengan mengimbas nostalgia zaman kegemilangan bintang besar yang pernah mendatangkan fenomena kepada industri seni serantau.

Penghormatan diberi kepada barisan artis popular dua negara bagi menyampaikan persembahan tersendiri iaitu dari Malaysia Dato’ David Arumugam, Jamal Abdillah, Jaclyn Victor dan Faizal Tahir. Manakala nama-nama besar yang didatangkan dari Singapura pula terdiri daripada Jatt, Rudy Djoharnaen, Nana, Hanafie Waran. Menariknya eksklusif kepada peminat, persembahan artis-artis hebat ini diiringi dengan muzik hasil gabungan pemuzik Orkestra RTM dan Singapura.

Konsert ini turut menggabungkan tiga artis komedi terkenal sebagai pengacara, Saiful Apek dan Jepp Sepah bersama rakan dari Singapura, Suhaimi Yusoff yang digabungkan bagi memberikan impak sebenar Mega Fenomena dengan sketsa yang pasti mencuit hati.

Berhibur dengan dua konsert hebat ini hanya di saluran TV1 dan TV2.

RTM

RTM

RTM

RTM

RTM

RTM

131204671

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Avon Voices Gala Night

Dira Abu Zahar & Helmi Bernikah