in , ,

“Makhluk Allah Paling Indah,” Penampilan Neelofa Dipuji Peminat Walaupun Bertudung Bawal

Selebriti dan usahawan fesyen Noor Neelofa mencuri perhatian wargamaya apabila tampil mengenakan tudung bawal bersama purdah.

Kecantikan selebriti dan usahawan hebat, Neelofa memang tidak dapat disangkalkan lagi. Wajah yang persis kacukan Arab itu semenangnya sering mendapat pujian netizen.

Terbaru, usahawan berusia 32 tahun itu berkongsi posting memaparkan dirinya mengenakan jubah berwarna putih dan dipadankan dengan tudung bawal berwarna ungu lembut.

"Makhluk Allah Paling Indah," Penampilan Neelofa Dipuji Peminat Walaupun Bertudung Bawal

Posting tersebut memaparkan penampilan Neelofa kelihatan agak berbeza kerana mengenakan tudung bawal bersama niqabnya.

Sebelum ini jika diperhatikan, wanita yang fasih berloghat Kelantan itu gemar mengenakan selendang panjang berbanding bawal.

Meskipun tudung bawal tersebut antara koleksi terbaru keluaran jenamanya, dia tetap menerima pujian rakan artis dan peminatnya yang begitu teruja selain memuji Neelofa kelihatan begitu manis sekali.

Memang cantik manis Neelofa ini. Pakai apa pun tetap sedap mata memandang dan tidak jemu melihatnya. Semoga Allah sentiasa permudahkan segala urusan. Amin!

"Makhluk Allah Paling Indah," Penampilan Neelofa Dipuji Peminat Walaupun Bertudung Bawal

Di ruangan komen, ramai yang memuji penampilan bekas pengacara MeleTOP itu apabila manis dan ayu apabila mengenakan tudung bawal.

Cantiklah pakai bawal purdah macam ni,” komen seorang wargamaya.

Ya Allah cantiknya akak pakai tudung bawal,” puji seorang wargamaya.

Kalau harimau tengok mesti menangis,” usik seorang wargamaya.

Cantiknya Neelofa pakai tudung bawal labuh,” kata seseorang wargamaya.

Neelofa with bawal really hits different, lawa betul,” tulis seorang wargamaya.

Bawal wehh bawal, cantiknyaaaa,” ujar seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir suku juta tanda suka daripada pengikutnya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Universal Music Malaysia & Allianz Malaysia Bangkitkan Semangat Menerusi Single WE CARE

Saluran Awesome TV Kini Boleh Ditonton di Astro