in ,

Penyanyi 90an WANN Bakal Hiburkan Peminat di Makan Malam Live di The Pearl KL

Masih ingat lagi dengan pelantun lagu Lamunan Hati, Aku Bagai Cermin, Bassanova, Terusik Hati, Terlerai Kasih dan banyak lagi bernama Wann ni? Penyanyi ini mempunyai keunikan dan imej vokal tersendiri. Khabarnya, Wann bakal mengubati kerinduan peminat dalam satu persembahan. Jom kita baca selanjutnya!

Majlis Makan Malam ‘LIVE’ Bersama penyanyi popular Wan Rashidah Meor Rashid atau lebih dikenali dengan nama pentasnya Wann bakal diadakan pada 7 September 2019, jam 8.00 malam bertempat di Phoenix Ballroom, The Pearl Kuala Lumpur. Setelah 25 tahun berada di dalam industri hiburan sebagai penyanyi, Wann ingin membuat ‘Come Back’ atau kemunculan semula sebagai hadiah kerinduan buat peminat-peminat yang selama ini menanti kemunculan semula beliau.

Wann

Majlis Makan Malam bersama Wann akan dianjurkan oleh Mareepoosa Creative & Event dan bakal berlangsung di The Pearl Kuala Lumpur, Jalan Klang Lama. Pihak penganjur mensasarkan lebih kurang 400 orang peminat yang bakal hadir memeriahkan majlis ini.

Wann melangsungkan perkahwinan sekitar 25 tahun lalu bersama Mohamed Thazah Hamzah. Setelah menyepi demi menguruskan rumah tangga yang kini mempunyai pasangan anak yang masing-masing berusia 24 tahun (anak lelaki) dan 22 tahun (anak perempuan).

Video Sidang Media Makan Malam Live Bersama Wann di The Pearl Kuala Lumpur:

Oleh kerana ramai peminat yang setiap kali membalas pesanan melalui IG atau FB nya memohon beliau kembali dengan lagu baru, membuat rasa kesian kepada peminat-peminatnya hingga Wann memulakan langkah awal dengan mengajak semua peminat-peminatnya bertemu dengan beliau secara ‘LIVE’ dalam satu majlis Makan Malam dengan beliau September ini.

Suka dengan konsep ‘bertemu & bermesra’ konsep ini menurut Wann lebih mendekatkan beliau dengan peminat-peminatnya sambil mengambil kira pandangan peminatnya sebelum beliau memulakan single pertama dengan lagu baru. 

Wann tidak mahu kemunculan beliau kali ini untuk bertemu dengan peminatnya dalam konsep “show” atau “konsert” kerana beliau lebih SAYANG peminat yang sudah lama menanti kemunculan beliau dalam dunia seni.

Pada majlis makan malam nanti, walaupun konsepnya lebih kepada “bertemu & bermesra” bersama peminat, Wann akan memberi BONUS dengan mendendangkan beberapa buah lagu popularnya saperti Bossanova, Lamunan Hati, Terlerai Kasih, Aku, Dia dan Lagu & Joget Siapa Dia.

Selain Wann akan memberi BONUS beberapa lagu popular nya, Wann juga akan memilih tiga nama peminat yang bertuah untuk berduet dengan beliau. 

Kepada peminat-peminat yang ingin bertemu Wann secara ‘LIVE’, boleh mendapatkan pass masuk berharga RM120.

Harga tersebut termasuk makan malam secara bufet, dan peminat bakal memenangi beberapa keping baucer penginapan hotel selama 3 hari 2 malam, Baucer Makan Malam untuk 2 orang di restoran dan lain-lain hadiah istimewa.

Cara untuk mendapatkan Pass Masuk WHATSAPP ke nombor: 011 3606 5747 nyatakan nama & jumlah pass masuk. Bayaran boleh dibuat melalui online ke account No 8009077556 (Mareepoosa Enterprise).

Wann

Biodata WANN:

Nama Sebenar: Wann Rashidah Binti Meor Rashid

Nama Artis : Wann

Tarikh Lahir : 17 April 1970

Tempat Lahir : Teluk Intan, Perak. 

Bintang Zodiak : Aries.

Pendidikan : Sekolah Menengah Seri Perak.

Hobi : Menyanyi, Menari & Melancong

Pendorong Kegiatan Seni : Keluarga, Suami & Anak-anak

Fesyen Yang Digemari : Simple. 

Warna Kegemaran : Cokelat

Makanan Yang Digemari : Ayam Goreng.

Minuman Yang Digemari : Air Suam & Tidak Bergas.

Penyanyi Pujaan : Sharifah Aini, Jamal Abdillah, P.Ramlee & Saloma.   

Wann
Wann
Wann
Wann
Wann
Wann

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Mekanik Wanita Berjaya Dalam TUMIT TINGGI Hujung Minggu Ini

ZAYAN Semat Ilmu Penyembelihan Ikut Tuntutan Syariah