in , ,

Majlis Penyampaian Hadiah Kuiz Salam Baitullah 2020 ke-12

Program yang sentiasa mendapat rating tinggi dan menjadi pilihan utama sepanjang musim Haji terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM), “Salam Baitullah” bukan sahaja diterima baik penonton di Malaysia, malah diminati diluar negara termasuk dari Singapura, Indonesia, Brunei, Selatan Thailand dan Australia.

Tahun ini, sepanjang 16 episod berlangsung program “Salam Baitullah” berjaya merekodkan 2.5 juta jumlah tontonan di media sosial. Salam Baitullah kali ini juga telah menerima lebih 10 ribu borang penyertaan menerusi Kuiz Harian di kaca TV, Media Sosial dan Kuiz Terkumpul.

Seramai 80 pemenang Kuiz Harian di Media Sosial, 48 pemenang Kuiz Harian dan di TV dipilih sebagai pemenang. Kesemua pemenang telah menerima hadiah berupa barangan Olive House bernilai RM 200.00.

Ustaz Aidil Azwal Zainudin CEO Olive House selaku penaja utama menyampaikan cenderamata kepada TKPPS

Dua pemenang utama Kuiz Terkumpul Salam Baitullah 2020 diumumkan hari ini iaitu Salsabil binti Mohd Noor menerima RM 10, 000.00 yang akan dimasukkan ke dalam akaun Tabung Haji. Manakala tempat kedua dimenangi oleh Abdul Hafeez bin Abdul Wahab membawa pulang RM 5,000.00 yang juga akan dimasukkan ke dalam akaun Tabung Haji.

Hadiah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Saidatu Akhma Hassan, Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran (Strategik), Jabatan Penyiaran Malaysia.

Gambar kenangan krew penerbitan Salam Baitullah bersama pemenang, penaja, TH dan TKPPS

Mengangkat tema Salam Baitullah, Suatu Kerinduan, program disiarkan secara langsung mulai 18 Julai hingga 1 Ogos 2020, pukul 9.00 hingga 10.00 malam di Saluran Berita RTM dan TV1. 

Program “Salam Baitullah 2020 Edisi ke-12” dilengkapi dengan tujuh pengisian istimewa. RTM memberikan liputan dan menyalurkan maklumat terkini sepanjang perjalanan musim haji di Arab Saudi meskipun dalam suasana tiada pergerakan petugas dan jemaah negara kita ke Tanah Suci tahun ini.

Ucapan yang disampaikan oleh YBhg. Datuk Saidatu Akhma Binti Hassan (Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran,Strategik)

Kelainan dibawakan pada konsep berbeza digarap oleh pasukan penerbitan di studio dengan pengisian istimewa. Dua pengacara utama di studio ialah Ustaz Muhammad Hafiz Haneefa dan Ustaz Azman Syah.

RTM sentiasa berusaha membuat liputan dan menyediakan program berdasarkan keperluan semasa, permintaan pasaran dan kesesuaian khalayak. Ini menunjukkan komitmen RTM dalam menyediakan program-program dan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Kabel Jalinan (Braided) Penyambung USB-C untuk iPhone 12 Tertiris

Agong Keracunan Makanan, Jalani Rawatan Susulan di IJN