in

Majlis Penyampaian Hadiah ABP-BH dan Rafflesia

Rafflesia, pengeluar barangan kemas dan mutiara telah meraikan semua pemenang Anugerah Bintang Popular 2008 di Restoran Bossa Nova, Hotel Park Royal Kuala Lumpur. Seawal jam 8 malam, ramai para selebriti telah melalui karpet merah.

Sebagaimana yang dijanjikan sebelum ini, para pemenang ABP telah memenangi set barang kemas mutiara bernilai hampir RM5,000. Pada majlis ini, semua selebriti yang menang telah mendapat habuan masing-masing.

Antara selebriti yang hadir, Iz OIAM, Rosyam Nor, Maya Karin, Nabil, Stacy, Dynas, Nor Khiriah dan Taja dari Meet Uncle Hussain.

Sesi potong kek

Seorang penyanyi cilik bernama Puteri juga turut menghiburkan hadirin dengan lagu I Will Survive. Eizlyn pun diajak menari bersama. Sebelah kanan sekali tu, Dee sebagai pengacara. Yang buat tarian macam Michael Jackson tu… pakwe Irma Hasmie yang rasanya antara pemenang yang paling banyak membawa pulang rantai mutiara.

Selain persembahan daripada Izwan Pilus dan Ayu OIAM, Alyah juga hadir untuk menyanyikan lagu tema Rafflesia iaitu Kerlipan Cinta.

20 tetamu bertuah telah menerima seutas rantai mutiara setiap seorang yang dihadiahkan sebagai cabutan bertuah.

Zizie Ezetti, antara pemenang ABP yang menerima set rantai mutiara. Tahniah, Zizie~!

Antara selebriti yang hadir…

yazid af7

Yazid AF7

Faradhiya, lawa giler… mcm bidadari serba putih

ramlah ram

Ramlah Ram

Zoey

IZ OIAM

Diana Danielle

Fouziah Gous

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Poster, Synopsis, Trailer Obsessed

Trivia: Tas Tangan Pelakon di Penyampaian Hadiah ABP – Rafflesia