in , , ,

Lagu HARI INI Hael Dayang Jadi Lagu Tema MAHLIGAI CINTA

Saksikan Muzik Video Hari Ini di Portal Mahligai Cinta & Youtube TV3Malaysia

Program perkahwinan popular di TV3, Mahligai Cinta kini turut menawan dunia digital apabila portal digital iaitu www.mahligaicinta.com.my secara rasminya dilancarkan pada 1 November lalu dengan nyanyian lagu Hari Ini oleh Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah menjadi pembuka tirai malam penuh prestij di Anugerah Skrin 2019 (ASK2019).

Lagu asal ciptaan Hael Husaini dan Ezra kong yang telah digubah semula melodi dan susunannya menjadi versi duet ini telah diangkat menjadi lagu tema portal Mahligai Cinta dan portal digital. Muzik video eksklusif Hari Ini juga telah dilancarkan secara rasmi di portal mahligai cinta dan juga laman Youtube TV3Malaysia pada 4 November, 9 malam.

Mahligai Cinta Kini Menjengah Ke Dunia Digital

Konsep muzik video ini bertemakan perkahwinan & cinta sesuai dengan lirik lagu dan melodinya. Penggambaran telah dijalankan di sekitar Pulau Pinang selama dua hari. Rakaman untuk lagu ini hanya mengambil masa satu malam, kerana keserasian bersama antara Hael & Dayang.

Mahligai Cinta Kini Menjengah Ke Dunia Digital

Portal Mahligai Cinta ini adalah portal lengkap perkahwinan yang bakal memuatkan pelbagai informasi menarik buat mereka yang ingin merancang perkahwinan di mana pelbagai tip persiapan perkahwinan akan dikongsi bersama para pembaca. Portal Mahligai Cinta ini mengandungi tujuh kandungan iaitu Till Jannah, Ijab & Kabul, Bulan Madu, Cahaya Mata, Simpulan Cinta, Selebriti dan Luar Negara.

Mahligai Cinta Kini Menjengah Ke Dunia Digital

Pelbagai kisah rumah tangga menarik akan dikongsikan bersama pembaca dalam Till Jannah. Bagi mereka yang masih keliru mengenai perancangan majlis perkahwinan, perancang perkahwinan terkemuka akan berkongsi tip lengkap persiapan perkahwinan antaranya pemilihan perhiasan majlis, makanan, persalinan persandingan dan juga tema bersesuai mengikut majlis yang diinginkan menerusi Ijab & Kabul.

Mahligai Cinta Kini Menjengah Ke Dunia Digital

Menerusi kandungan Bulan Madu, portal ini akan turut menyenaraikan pelbagai destinasi menarik yang menjadi tumpuan dan pilihan pasangan yang baru sahaja berkahwin bagi memudahkan anda membuat pilihan untuk mencipta memori bersama pasangan anda. Portal ini akan turut memuatkan informasi yang berguna sebagai persediaan buat ibu bapa baharu menerusi kandungan Cahaya Mata. 

Para pembaca juga dapat membaca pelbagai kisah cinta romantis dan permasalahan dalam perhubungan di kadungan Simpulan Cinta. Antara yang bakal menjadi tumpuan adalah di kandungan Selebriti yang akan memaparkan kisah cinta dan juga majlis perkahwinan selebriti popular tanah air secara eksklusif.  Perkahwinan selebriti dan juga kisah-kisah pelik dari luar negara akan turut di paparkan dalam kandungan Luar Negara. 

Bagi anda yang tercari-cari portal lengkap mengenai perkahwinan, portal ini adalah pilihan yang tepat! Jjangan lupa layari www.mahligaicinta.my dan juga instagram @mahligaicinta untuk pelbagai lagi info menarik khas buat anda. 

Mahligai Cinta Kini Menjengah Ke Dunia Digital
Mahligai Cinta Kini Menjengah Ke Dunia Digital
Mahligai Cinta Kini Menjengah Ke Dunia Digital
Mahligai Cinta Kini Menjengah Ke Dunia Digital
Mahligai Cinta Kini Menjengah Ke Dunia Digital
Mahligai Cinta Kini Menjengah Ke Dunia Digital
Mahligai Cinta Kini Menjengah Ke Dunia Digital
Mahligai Cinta Kini Menjengah Ke Dunia Digital

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Konsert Kenangan Lalu KL 2019 Hargai Pendengar Setia KLfm

citizenM Addresses Common Travel Problems By Creating Brainwaves, A New Music Experience