in ,

Senarai Peserta Maharaja Lawak Mega 2018 

Program realiti pertandingan komedi popular, Maharaja Lawak Mega (MLM) 2018 kembali menemui penonton dengan menyaksikan 14 peserta bakal berentap untuk merebut gelaran juara pada tahun ini.

Pada jam 3 petang tadi, telah berlangsung sidang media pengumuman Maharaja Lawak Mega (MLM) 2018 di Hotel Palace of The Golden Horses, Seri Kembangan. Selain diumumkan hos, sidang media ini mengumumkan barisan peserta yang gempak-gempak!

Maharaja Lawak Mega 2018

Pengacara MLM 2018 Tetap Datuk AC Mizal

Untuk kali ini, MLM 2018 masih mengekalkan Datuk AC Mizal sebagai pengacara dan pemilihan tema pada musim ini ialah sarkas.

Pertandingan Maharaja Lawak Mega 2018 (MLM 2018) musim ke-7 bakal menampilkan semula beberapa kumpulan lawak terkenal dan gabungan pelawak daripada grup berbeza dalam sebuah kumpulan baharu.

Senarai Peserta Maharaja Lawak Mega 2018

Kali ini 2 peserta solo bertanding dengan 4 kumpulan duo manakala 8 kumpulan trio.

Antara kumpulan lawak terkenal bakal menyertainya ialah iaitu Bocey yang dianggotai oleh Abam, Achey dan Fad selain kumpulan Puteh (Ali Mercik dan Mamak), Shiro (Ajak dan Shahrol) dan Zero (Atu, Syaiful dan Sharif).

Selain itu, pelawak yang bergabung pula ialah kumpulan Taman gabungan Tauke bersama Man Posmen, selain Joras yang dianggotai oleh Ropie, Joey dan Rahim Sepahtu.

Peserta lain yang turut terlibat adalah Dany, 2B (Man dan Weera), Abata (Wannawala, Alham dan Ilham), Kiut (Shendo, Niezam dan Tapai) dan Chilok (Achok, Kamal Sumbu dan Chiwan).
Personaliti TV iaitu Hilmy Ashley turut mencuri perhatian apabila muncul buat pertama kali sebagai peserta solo.

Manakala kumpulan Abioso (Ami, Mamad dan Sarip) mewakili Indonesia dan kumpulan Masin (Mamat Bora, Vicha dan Jiggy) menggabungkan tiga negara iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia.

Program MLM 2018 kali ini menyaksikan kehadiran peserta baru iaitu kumpulan Kiut, Abata dan 2B yang merupakan finalis program Gegar Lawak.

Maharaja Lawak Mega 2018

Ketua Kandungan Strategik (Komedi), Namanzee Harris berkata, pihaknya berjaya mengumpulkan bakat-bakat komedi hebat dari Malaysia, Indonesia dan Singapura pada musim kali ini.

Menurutnya, program realiti pertandingan komedi itu juga dianggap sebagai platform untuk pelawak yang mempunyai bakat besar bagi melebarkan kerjaya mereka lebih meluas.

“Untuk penganjuran musim ke-7, kami sekali lagi berjaya menghimpunkan bakat-bakat komedi terhebat dari Nusantara iaitu Malaysia, Indonesia dan Singapura.

“Ada yang boleh dianggap senior dalam kalangan pelawak dan ada juga muka baharu yang terlibat dalam edisi kali ini.

“MLM kini umpama ‘dream stage’ buat pelawak-pelawak di rantau ini di mana penyertaan mereka bakal membuka pintu untuk mengembangkan bakat jenaka yang ada dan melebarkan kerjaya mereka melepasi sempadan negara.”

Dalam cabaran setiap minggu, peserta akan berdepan tema persembahan berbeza iaitu percutian, duit, muzikal, loghat dan dialek, dikir barat, parodi, kenangan, mata pelajaran sekolah dan pelbagai lagi.

Syabas & Selamat Berjuang Buat Semua Peserta

Selebriti terkenal, Datuk AC Mizal masih menjadi pengacara program kali ini bersama tiga juri tetap yang akan diumumkan pada program ini yang akan disiarkan secara langsung selama 12 minggu.

Program MLM 2018 akan bermula pada 2 November ini jam 10 malam menerusi Astro Warna (saluran 132), Warna HD (saluran 124), Astro GO dan ‘on demand’.

Meneruskan tradisi pengenalan barisan juri MLM seperti musim-musim sebelumnya dan pemilik tiga kerusi juri tetap hanya akan diumumkan secara eksklusif pada siaran langsung minggu pertama nanti.

MLM 2018 bakal menampilkan 14 peserta dan bakal bersiaran selama 14 minggu pada setiap Jumaat, ‪pukul 10‬ malam bermula 2 November depan.

Sistem pemarkahan masih dikekalkan seperti musim terdahulu iaitu 70 peratus jumlah akan diberikan oleh barisan juri manakala 30 peratus daripada undian penonton melalui aplikasi TikTok yang akan dibuka secara rasmi pada 2 November depan pukul 10 malam.

Juara MLM 2018 bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM500,000 manakala naib juara, RM250,000, tempat ketiga RM150,000, tempat keempat RM50,000 dan tempat kelima RM15,000 berserta trofi.

Ia akan disiarkan menerusi saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).

Sumber: Harian Metro & Gempak

 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Travelog Jejak Lagu Rakyat Malaysia, Indonesia & Brunei Bersama Hos Ainul Aishah

[Gambar] Ulasan Konsert WINNER 2018 EVERYWHERE TOUR IN KL