in ,

“Maaflah Jika Abah Ini Mula Menggunakan Rotan,” – Perdana Menteri

Petang tadi, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengadakan Perutusan Khas mengenai situasi semasa Covid-19 di dalam negara ini.

Perutusan itu julung kali diadakan di kediaman beliau kerana sedang menjalani kuarantin kendiri berikutan menjadi kontak rapat dengan salah seorang menteri yang telah disahkan positif Covid-19.

Dalam perutusan tersebut, beliau ada menyebut berkenaan kebimbangan rakyat terhadap jumlah kes positif yang semakin meningkat.

Selain daripada itu, Muhyiddin turut tidak menafikan bahawa Pilihan Raya Negeri (PRN) di Sabah baru-baru ini juga menyumbang kepada peningkatan kes.

PKP Menyeluruh Tidak Akan Diadakan

Namun begitu, beliau menegaskan bahawa tiada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seluruh negara diadakan kerana boleh mejejaskan ekonomi serta sosial rakyat.

Walau bagaimanapun, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) akan diadakan di kawasan-kawasan yang menunjukkan zon merah bagi penularan pandemik ini.

Tiada double standard rakyat atau ahli politk

Malah beliau turut menyatakan tiada double standard kepada individu tertentu berkaitan SOP kerana semua pihak harus mengikuti arahan yang telah ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Beliau sempat berseloroh dengan mengatakan bahawa kali ini ‘Abah’ terpaksa menggunakan rotan bagi memastikan semua pihak mengikuti arahan.

Di akhir perutusan tersebut, beliau mengingatkan agar rakyat Malaysia terus menjaga SOP kerana kita masih belum menang dalam melawan pandemik ini.

Namun begitu, beliau yakin bahawa kita semua mampu menghadapi dugaan tersebut kerana berpengalaman dalam melandaikan lengkung penularan Covid-19 di Malaysia.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Selepas Siti Aafiyah, Giliran Dr. Say Pula Kantoikan Tokti Sedang Hamil Anak Ke-2?

Kes Covid-19 Meningkat, Adibah Noor Kecewa Penggambaran Ditangguhkan