in

Luncai Emas Ber-Tamasya Di Kuala Lumpur

Syarikat rakaman tempatan legendaris Luncai Emas akan mengadakan showcase di The Bee, Publika, Kuala Lumpur pada 3 November ini.

Luncai Emas Ber-Tamasya Di Kuala Lumpur

Acara yang dinamakan Tamasya Anak Muda akan dibarisi oleh band band di bawah naungan mereka yang menjadi kegilaan anak muda zaman ini seperti Satwo, Ramayan. Margasatwa, Iqbal M. dan Pitahati.

Luncai Emas yang pernah menerbitkan band seperti Spider, terkenal kerana menandatangani grup musik yang mempunyai identiti dan gerakan tersendiri. Bersedialah untuk sebuah tamasya yang akan mengegarkan hari Sabtu anda. Acara yang akan berlangsung di The Bee, Publika ini juga menampilkan DJ set oleh Disko Santan.

Tiket Early Bird sudah habis terjual namun tiket PreSale masih boleh didapati di Teenage Head Records dan juga Gedung Malaya serta boleh dibeli waktu acara nanti.
Link tiket di bawah:

Tiket: https://www.facebook.com/teenageheadrecords/

Tiket: http://chatwasap.com/909b77

Luncai Emas Ber-Tamasya Di Kuala Lumpur

Luncai Emas Ber-Tamasya Di Kuala Lumpur

Luncai Emas Ber-Tamasya Di Kuala Lumpur

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Selepas BUNGA Ara Johari Hadiahkan PAKU Kepada Peminat

Golden Screen Cinemas Wins Big At The Awards