in ,

Liza Hanim Tuju Single Baru MIMPI Khas Buat Peminat

LIZA HANIM TUJU SINGLE BARU MIMPI KHAS BUAT PEMINAT 

HALIZA HANIM atau LIZA HANIM merupakan seorang penyanyi dan pelakon wanita Malaysia. Beliau merupakan salah seorang anak didik Allahyarham Adnan Abu Hassan. Beliau mula dikenali ramai setelah menjadi naib juara petandingan Golden Teen Search pada tahun 1996. Disifatkan antara penyanyi yang mempunyai vokal terbaik Malaysia yang menguasai industry muzik di era 2000-an.

Liza Hanim MIMPI

Sepanjang penglibatan Liza Hanim dalam dunia seni selama 22 tahun, beliau telah banyak memenangi pelbagai Anugerah seperti Naib Juara Golden Teen Search ( 1996), Juara Bintang Penghibur MHI ( 1999), Vokal Terbaik – Anugerah Juara Lagu Ke 17 ( Gelisah Mimpi ), Anugerah piala Perak, Festival Musik Shanghai ( 2001), Anugerah Personaliti Hiburan – Bakat Baru Pelakon (2002), Video Musik Pilihan – Anugerah Era-2004 ( Ku Teruskan )

Pada tahun 2017 Liza Hanim memasuki pertandingan GEGAR VAGANZA 4 dan mendapat gelaran Naib Juara, sejurus GV4 melabuhkan tirai, Liza Hanim telah dilamar oleh Penyanyi dan Komposer terkenal HAFIZ HAMIDUN dengan menghasilkan lagu berjudul ‘MIMPI’. MIMPI adalah hasil nukilan dari HAFIZ HAMIDUN dan Lirik ditulis oleh Saudara FEDTRI YAHYA.

Single terbaru ‘ MIMPI’ telah siap dirakam di studio rakaman ARTEFFECT SDN BHD (ARTEFFECT RECORD) milik Hafiz sendiri, setelah selesai rakaman lagu ‘MIMPI’ pihak pengurusan Liza Hanim iaitu LAUGH OUT LOUD ENTERTAINMENT mengeluarkan Muzik Video khas buat semua peminat yang selama ini menanti lagu baru dan MV dari artis kesayangan mereka.

Harapan Liza Hanim dengan adanya single baru ‘MIMPI’ ini, sedikit sebanyak dapat mengubat hati semua peminat beliau yang selama ini tidak pernah putus menyokong karier beliau.

Liza Hanim MIMPI

‘MIMPI’
Lagu: Hafiz Hamidun
Lirik: Fedtri Yahya

PEJAMKAN MATA
DENGARKANLAH DEBARANKU
YANG TAK BERHENTI
APAKAH INI GETARAN
SEPERTI NADA CINTA BERPADU
BAHAGIA TERHAMPAR DI LANGIT
DAN BINTANGNYA MENARI BERSAMA
FAHAMILAH BAHASA CINTA
TERINDAH…
KINI SAATNYA
KU SERAHKAN HIDUPKU UNTUK BERKASIH
BERSAMAMU BERTEMAN REMBULAN
TAK TERASA MALAM PUN BERLALU
KU TAK BISA MENUTU LAGI
BAHAGIAKU
NAMUN MIMPIKU
YANG DULU BERWARNA
KINI BERUBAH
JADI HAMPARAN LUKA
HANYA SEBENTAR
KU DAKAP CINTAMU
KAU PERGI…
KAU PERGI TAK AKAN KEMBALI

Liza Hanim MIMPI

Liza Hanim MIMPI

Liza Hanim MIMPI

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Cara Untuk Dapatkan Tiket Konsert John Legend di Arena of Stars

Tiket Konsert ONEREPUBLIC LIVE IN KUALA LUMPUR 2018 Dijual 23 Februari