in ,

Lirik Lagu Rindu Syahdu Di Hari Raya Nurul

Budiey BlogHari ini, Budiey dah naik gian untuk mendengar lagu-lagu raya sebagai teman kesunyian di rumah. Ye lah, tinggal 4 hari lagi kan nak raya? Ada teman-teman Budiey dan pembaca blog ini sudah pun mulai bercuti untuk balik kampung untuk beraya. Kepada yang mahu berangkat pulang, semoga semuanya selamat dan berhati-hati di jalan raya. Ingat pesan Kak Adibah Nor tu, anda mampu mengubahnya!

Bercakap pasal lagu raya, korang mesti ada lagu pebret masing-masing, kan? Antara banyak-banyak lagu raya, Budiey rasa lagu nyanyian Nurul, Rindu Syahdu Di Hari Raya mempunyai nilai memori yang menyentuh sentimental saya. Semacam mahu menggamit saya pulang segera ke kampung halaman. Banyak kenangan yang terimbau tatkala lagu ini berkumandang. Banyak juga puin-puin memori usang bakal jatuh keribaan mewarnai hari-hari di daerah kematangan ini.

Fuh, jiwang la pulok!

Kita layan sat nooo…

Lirik Rindu Syahdu Di Hari Raya

Indahnya sungai yang mengalir
Nyamanya angin yang beralun
Kicauan burung dipagi yang dingin
Bersama terbitnya mentari

Terbayang sanak saudara
Gurauan sesama keluarga
Mesra berkunjung ruih suasana
Riang menyambut hari mulia

Kini ku di perantauan
Di kota indah dan menawan
Tapi hati rindu pada kampung halaman
Desaku yang telah di tinggalkan

Ku memohon maaf serta ampun
Salamkan ku kirim pengganti diri
Doa restu ayah serta ibu
Menjadi penawar
Rindu syahdu di hari raya

[tags]lagu raya, aidilfitri nurul, cerita sedih di hari raya, cerita lucu di hari raya, lagu raya mp3, Rindu Syahdu Di Hari Raya lirik[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

FIELD TRIP USA di 8TV

Sherry Ibrahim, Ashraf Muslim Pelakon Drama Renjis