in , , ,

Ulasan Lirik Lagu RAMA-RAMA – Ella

Foto penghias cover album RAMA-RAMA menampilkan imej Ella ditransfer kepada imej yang lebih muda, segar dan berjiwa remaja.

Satu revamp yang memang nampak realistik! Tabik spring kepada tukang solek dan tukang rias! Saya suka dengan gaya Ella yang masih menampakkan kematangannya sebagai seorang lagenda rock yang terulung di Malaysia.

Saya suka bercerita sedikit tentang pemahaman saya tentang lirik lagu Rama-Rama ini. Khabarnya, lagu ini menceritakan kehidupan Ella setelah berkecimpung lebih 20 tahun dalam bidang nyanyian.

Perjalanan seni Ella ternyata bukan suatu yang mudah. Ella gigih, Ella yakin dan Ella teruskan perjuangannya. Sampai sekarang, namanya bertapak dan lagu-lagu nostalgianya masih menjadi siulan kenangan.

Sumber poster: Planet Hollywood (yang dihantar oleh Klubbkidd ke kotak email budiey.com)

Rama-rama digambarkan satu kebebasan bagi seorang wanita. Cantik sayapnya namun perlu diingatkan rama-rama akan bertukar rupa juga pada masa yang sudah dijanjikan. Ya! Manusia akan berubah mengikut peredaran masa.

Rama-rama adalah simbol kepada kedamaian dan ketenangan. Manusia mana yang mahu hidup dalam derita dek peperangan dan kemusnahan. Terbangnya rama-rama yang sentiasa mewarnai alam mencerminkan satu kehidupan yang sentiasa mencabar. Hidup perlu ada satu matlamat dan tujuan.

Erti kata lain, hidup ini bukan satu permainan. Hidup satu perjuangan yang tiada penghujung. Selagi nyawa tidak bercerai dari jasad, selagi itu manusia akan mengejar impian dalam meniti titian kehidupan.

Lirik Lagu RAMA-RAMA

S Fauzan / Azam Dungun EMI Music
Publishing Malaysia Sdn Bhd / Luncai Emas Sdn Bhd

Seumpama rama-rama
terbang bebas di udara
tanpa ada halangan
aman damai suka-suka
riang ria tanpa ada
rasa duka sengketa
rama-rama

Ekspresi dirimu menawan hatiku
ingin aku terbang bersamamu
melihat kerenah melihat telatah
manusia yang sering telagah

Ekspidisi ini bagai tiada henti
kan menjadi antologi diri
terhentilah mimpi terhapuslah sepi
sanubari yang lebih berani

Terminal yang pasti satu fitrah hati
kerana yang sejati tiada kekal lagi
terbanglah ke sini mencari abadi
terbanglah ke mari mencari hakiki

Seumpama rama-rama
melewati panorama
yang penuh warna warni
taman bunga taman damai
dengan aksi lincah
berputik hidup yang harmoni
rama-rama.

Ella

Antara lagu-lagu yang dimuatkan dalam album terbaru Ella – Rama-Rama:

  1. Rama-Rama
    S Fauzan / Azam Dungun EMI Music
    Publishing Malaysia Sdn Bhd / Luncai Emas Sdn Bhd
  2. Dua Sejoli (O.A Dewa 19)
    Ahmad Dhani
    PT Satu Mitra Saja Publishing
  3. Harum Ikhlas
    S Fauzan / Azam Dungun EMI Music
    Publishing Malaysia Sdn Bhd / Luncai Emas Sdn Bhd
  4. Dekat Padamu (O.A Yusry KRU)
    Edry Abdul Halim
    KRU Publishing
  5. Won’t Let You Down
    Melissa Endot
    Universal Music Publishing
  6. Jujur & Ta’kan Melupakanmu (medley) (O.A Radja)
    Moldy & Jipeng / Ian Kasefa PT
    EMI Indonesia
  7. Sekilas Cinta
    Loque & Hilman / Loloq
    O.P: Butter Trade Music; S.P EMI Music Publishing Malaysia Sdn Bhd / Luncai Emas Sdn Bhd
  8. Imagine (O.A John Lennon)
    John Lennon
    EMI Blackwood Music Inc
  9. Percaya Diriku (Soundtrack Gol dan Gincu)
    A Lutchounig / Ida Lisa / Zuraini
    Biglife Music Ltd
  10. Rama-Rama (Radio Edit)
    S Fauzan / Azam Dungun
    EM! Music Publishing Malaysia Sdn Bhd

Pencipta/Penerbit : Mac Chew, Jenny Chin, Bong, Kieran Kuek dan Zuraini.

Dapatkan CD yang original dari EMI Malaysia berharga RM24.90 sahaja.

Berikut merupakan Album-album Ella selama 20 tahun:

  1. Battle of the Bands II (Ella & The Boys – 1986)
  2. Ella & The Boys I (1986)
  3. Ella & The Boys II (1987)
  4. Pengemis Cinta (1988)
  5. Puteri Kota (1989)
  6. Sembilu (1989)
  7. Identiti (1990)
  8. Mendung Tak Bererti Hujan (1991)
  9. 30110 (1992)
  10. Ella USA (1994)
  11. 8494 (1995)
  12. Demi (1996)
  13. Jalan Ke Sisimu (1997)
  14. Standing in the Eyes (1998, an album for the Commonwealth Games)
  15. E (1999)
  16. Baldu Biru (2000 – duet with Awie, Lagi Gempaq compilation album)
  17. Ilham Bicara (2001)
  18. Simbiosis (2003)
  19. Ella – A Journey Beyond (2005)
  20. Ratu Rock (2006)
  21. Rama-Rama (2007)

Lawati MySpace Ella: http://www.myspace.com/1norzilaaminuddin

Info Ella dalam Wikipedia: http://ms.wikipedia.org/wiki/Ella

Sumber Info Album & foto: http://putraworks.wordpress.com

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Profil Nasha Aziz

Sunday Nite Live – Ella; Ratu Rock Malaysia di Planet Hollywood