in ,

Lirik Lagu Ketentuan – Ramlah Ram

Lirik Lagu Terbaru Ramlah Ram berjudul Ketentuan
Sudah lama tidak mendengar berita terbaru dari penyanyi yang terkenal dengan lagi Kau Kunci Cintaku ini. Kini sudah pun muncul dengan album terbaru. Lagu yang hebat ini hebat diperkatakan kerana lirik yang begitu mendalam kesannya serta iramanya yang mendayu sesuai sekali dengan suara gemersik Ramlah Ram walaupun ianya sudah beralih dengan irama pop yang lebih moden. Saya hairan mengapa lagu ini digam oleh radio swasta. Apa yang tidak kena ek? Apa-apa pun, dengan terbitnya album baru dengan irama pop yang lebih segar mengikut aliran muzik semasa ini akan mengekalkan nama Ramlah Ram sebaris dengan penyanyi wanita yang bersuara emas lain.

Tajuk: Ketentuan
Lagu: Azlan Abu Hassan
Lirik: Ad Samad
Artis: Ramlah Ram

Tak semudah kau sangka
melepaskan kau pergi
hati yang meronta, hampa kecewa
ku tekad sembunyikannya dari pandanganmu

Aku rela begini
berakhirnya di sini
dari bersamamu terus berpura
setelah cinta tiada lagi di hatimu

chorus

Ku hapuskan airmata dari mengiringi
kesengsaraan mengharung perpisahan ini
ku pujuk jiwa nestapa
pendamkanlah duka
pasrah pada lara ketentuan ini

Tak semudah kau rasa
melepaskan kau pergi
hati yang terluka dikunjung jua
kerinduan yang tidak tertanggung terhadapmu

bridge

Sesungguhnya
ku tahu betapa sukar untukku
menempuh hidup
walau sehari tanpamu
ku terseksa

[tags]lirik lagu ketentuan, ramlah ram album terbaru, lirik lagu imeem ketentuan, ramlah ram ketentuan, lirik terkini ramlah ram, ad samad, azlan abu hassan[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Charm School Realiti TV 8TV Untuk Lelaki Sejati

Gambar Kain Tudung Datuk Siti Nurhaliza & Tudung Datuk K Jadi Viral