in ,

Lirik Lagu Dunia & Syurga Akim Ahmad

Sudah mencecah umur 22 tahun, kini Akim sudah boleh dikategorikan penyanyi muda yang sangat berbakat besar dan mampu pergi lebih jauh dalam dunia nyanyian. Menariknya, kebolehan yang dimiliki penyanyi muda berasal dari Johor Bahru, Johor itu bukan sekadar menyanyi. Malah Akim juga sememangnya memiliki bakat tersendiri dalam bidang penciptaan lagu, penulisan lirik dan penghibur.

Terbaru, selepas lagu duet Akim & Stacy iaitu Kembali dan sebuah lagi diperkenalkan iaitu Menunggu yang telah berjaya menembusi corong radio serta bertahan lama dalam carta hits, Akim kembali mempertaruhkan sebuah lagi lagu yang terkandung dalam album Akim Ahmad.

Lirik Lagu Dunia & Syurga dari Akim

Verse 1:
Selama
Berpimpin tanganmu
Meredah segala
Telah ku leka
Semakin
Dalam ku menyelam
Bagaikan bermimpi
Bahgia tetapi
Seperti peluru terluru di penjuru hatiku
Di sini pasti ku terpaksa berhenti

Chorus:
Bukan ku tak mahu bercinta
Tiada yang ku pinta
Lebih dari kau semata
Dunia & syurga
Bukan ku tak mahu segala
Intan emas permata
Cuma mahu bersamamu
Dunia & syurga
Dunia & syurga

Verse 2:
Meluncur
Atas salju dosa
Di ambang menjunam
Gelincir terbenam
Binasa
Usia dan masa jangan di sia-sia
Dan kini pasti ku terpaksa berhenti
Repeat chorus

Bridge:
Hari akhir kan tiba
Dan terbongkar rahsia
Sayangku ku perlu bersama dirimu sentiasa
Bukan saja dunia
Tetapi juga syurga…

Lagu & Lirik: Omar K.(RE:PLAY Music; administered by Universal Music Publishing Malaysia)
Terbitan, susunan muzik, rakaman, adunan: Omar K & Audi Mok di Fuse
Keyboards: Omar K & Audi Mok
Gitar: Jamie Wilson

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Program Telefilem Menarik Sempena Aidiladha di TV1

Kumpulan Tiga Muncul Single Pertama Pengakuan