in

Liputan Eksklusif Perkahwinan Ella dan Azhar

Liputan Eksklusif Perkahwinan Ella dan Azhar di Astro Ria!

[dropcap]T[/dropcap]anggal 1 Disember lalu menjadi saksi berlangsungnya majlis resepsi perkahwinan Ratu Rock Malaysia, Ella atau nama sebenarnya Norzila Aminuddin dengan Azhar Husaini Ghazali. Pasangan ini telahpun sah bergelar suami isteri pada majlis pernikahan yang dilangsungkan pada 7 Julai 2012.

Berdasarkan permintaan tinggi daripada para peminat, pihak Astro dalam kempen Semarak Cinta dengan berbesar hati membawakan sebuah liputan eksklusif perjalanan percintaan serta majlis pernikahan dan resepsi mereka yang akan bersiaran pada Rabu, 5 Disember 2012, jam 9.00 malam di saluran Astro Ria (Saluran 104) dan di Astro On-The-Go.

[pullquote align=”right”]Siaran selama sejam ini bakal memaparkan perjalanan majlis perkahwinan mereka termasuklah persiapan majlis pernikahan dan resepsi.[/pullquote]

Tidak ketinggalan kisah bibit cinta mereka sehinggalah Azhar melamar Ella untuk dijadikan isterinya. Semuanya bakal dirungkai dalam liputan eksklusif ini.

Jangan lepaskan peluang untuk berkongsi kebahagiaan kisah cinta Walimatulurus…Layar Impian Ella dan Azhar bersama Astro Ria dalam kempen Semarak Cinta melalui liputan eksklusif perkahwinan pasangan ini pada hari Rabu, 5 Disember 2012, jam 9.00 malam di Astro Ria (Saluran 104) dan di Astro On-The-Go. Jangan ketinggalan!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Siti Nurhaliza di Malam Gala Pink Jazzy Affair

Video Siti Nurhaliza Nyanyi Lagu Terukir Di Bintang Yuna