in ,

Sekitar Pelancaran Single LIHATLAH Yazmin Aziz

Tahniah buat Yazmin Aziz di atas Pelancaran Single Terbaru Yang Menjadi Pengenalan Buat Beliau berjudul LIHATLAH. 

Petang 5 Oktober lalu, Budiey telah menghadiri satu pelancaran single terbaru yang dinyanyikan oleh penyanyi baru bernama Yazmin Aziz. Masih muda, berusia 17 tahun. Sweet seventeen.

Bakat Yazmin dicungkil dari program terbitan Hurr.tv. Menurutnya, lagu LIHATLAH tercipta di atas pengalaman pahit yang pernah dilaluinya. Patutlah lagu LIHATLAH ni sedih semacam je.

Lagu Lihatlah adalah hasil ciptaan bersama Vince Chong manakala liriknya hasil nukilan M.Zulkifli dan Yazmin sendiri.

“Saya gunakan kisah penceraian ibu bapa sebagai idea untuk lagu ini yang mana ia menceritakan tentang kekuatan dan ketabahan seseorang itu apabila ditinggalkam individu yang disayangi. Sejak bercerai dengan ibu, ayah memang menghilang sehingga ke hari ini dan saya sendiri tak tahu dia di mana.

“Lirik ini lagu ini pun saya dah gubah sejak beberapa tahun lalu. Selain dari kisah saya, pengalaman rakan baik yang putus cinta pun saya gunakan sebagai ilham untuk Lihatlah.

“Saya cuba buat kelainan dengan lagu empowerment sebab kalau putus cinta sahaja mesti banyak lagu sedih. Jadi kali ini kita tukar arah pula.”

yazmin aziz

Penyanyi kacukan Melayu dan Filipina ini juga ingin mengembangkan kerjayanya di negara kelahirannya ibunya dan memasang impian ingin menerbitkan Lihatlah dalam bahasa Tagalog pula.

“Saya banyak dapat maklum balas daripada peminat di Filipina yang suka dengar lagu Lihatlah dan rata-rata daripada mereka inginkan lagu itu dinyanyikan dalam bahasa Tagalog pula.

“Saya memang dah pasang impian itu dan kita tengok nanti macam mana. Yang penting lagu Lihatlah ini dapat menambat hati peminat lagu-lagu Melayu.”

Semoga terus sukses, Yazmin Aziz!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Watak Bibik Janna Nick Dalam Telemovie AKU BUKAN ORANG GAJI

Cabaran Sukar Faizal Hussein dalam Filem KALLA: HIDUP ATAU MATI