in ,

Lepas Edah, Sharifah Sakinah Kini Sudah Temui Pengganti

Sebelum ini, pelakon Sharifah Sakinah pernah mengejutkan peminat-peminatnya apabila mengesahkan telah bercerai dengan bekas suaminya sejak Mei lalu.

Selain itu, pelakon berkenaan juga pernah membuat kenyataan bahawa dia enggan untuk kembali semula ke pangkuan bekas suami kerana mahu memberi tumpuan kepada kerjaya dan anak tunggalnya.

Bagaimanapun, ketika hadir ke sebuah majlis anjuran Whollyfitz, ternyata dia kelihatan ditemani oleh seseorang. Menariknya, ia bukanlah jejaka Melayu, sebaliknya seorang jejaka Mat Saleh.

Ketika ditanya mengenai status dirinya sama ada dia kini memang sudah menemui pengganti dan jejaka Mat Saleh berkenaan adalah individu yang dimaksudkan, Sakinah hanya menjawab ringkas.

“Saya seorang transparent… Kalau betul mengaku jelah. Yelah…,” jelasnya ringkas sambil mengakui bahawa dia kini sudah pun menemui pengganti.

Malah, dia juga tidak menafikan bahawa jejaka Mat Saleh yang menemaninya ke majlis tersebut adalah jejaka yang dimaksudkan.

Berkenaan dengan perkenalannya mereka, Sakinah memberitahu mereka berkenalan selepas tamat edah dan menyatakan usia jarak mereka jauh berbeza, di mana jejak tersebut 10 tahun lebih tua daripada dirinya.

Mengenai perkembangan kerjayanya pula, Sakinah memberitahu kini sedang menjalani penggambaran untuk saluran Viu serta drama KL Gangster Underworld 2 yang akan ditayangkan tidak lama lagi.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Adik-Beradik The Melvins Bersyukur Dah Cecah Status Jutawan

Ahmad Fedtri Yahya Kemalangan Jalan Raya, Selesai Jalani Pembedahan