in

Photos Leona Lewis MTV Asia Awards 2008

Leona Lewis membawa lagu kegemaran gue… Bleeding Love

Info Leona Lewis

Kemunculan Leona Lewis dalam industri muzik di Eropah dengan album sulung Spirit diangkat media di sana dengan membandingkan bakatnya dengan bintang pop popular dunia, Mariah Carey.

Pertandingan realiti X Factor musim ketiga yang dimenanginya pada 16 Disember 2006 dengan menguasai 60 peratus undian dan ia diilhamkan oleh Simon Fuller.

Album Spirit turut memuatkan lagu Homeless; Better In Time; Yesterday, Take A Bow, I Will Be, Angel, Here I Am, I’m You, The Best You Never Had dan Footprints In The Sand.

Leona dikatakan mempunyai kecantikan eksotik dan kelunakan suara yang sangat mempersonakan.

Lagu debut single pertamanya, A Moment Like This dilaporkan memecah rekod tersendiri apabila dimuat turun dalam 50,000 kali dalam tempoh masa 30 minit.

Leona gemar melakukan tarian belly kerana bagus untuk mendapatkan bentuk badan yang cantik. Ibunya pernah mengajar tarian balet dan sentiasa mengingatkannya untuk sentiasa bersenam sambil menikmati apa yang digemari.

Berita Harian

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

CC WINNER SO YOU THINK YOU CAN DANCE SEASON 2

Winners of the 2008 MTV Asia Awards