in ,

Sambutan Hangat Lentera Muzika 2 DEKAD BERSAMA SPIDER

Menganggap slot “Lentera Muzika” di TV1 yang dianjurkan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) sebagai pentas yang berprestij untuk semua artis yang terlibat dalam sebuah persembahan berkonsepkan konsert di TV, kemunculan Kumpulan Spider nyata berjaya mengubat kerinduan peminat.

Dua dekad berjuang dalam industri muzik dengan mengekalkan identiti mereka sendiri membuktikan Spider bukanlah calang-calang kumpulan muzik. Malah kejayaan Kumpulan Spider bertahan sehingga kini diakui kerana mereka tidak pernah terikut-ikut dengan muzik semasa.

POSTER SPIDER

Sambutan Hangat Lentera Muzika, 2 DEKAD BERSAMA SPIDER

[dropcap]P[/dropcap]ada persembahan berskala besar menerusi “Konsert Lentera Muzika Spider” yang berlangsung di Angkasapuri baru-baru ini, kemunculan Spider dianggotai Tam, Nafie, Aie dan Iss membuatkan penonton terpegun melihat mereka beraksi pada konsert itu yang berlangsung selama sejam setengah.

[pullquote align=“left”]Pada konsert diterbitkan oleh Unit Hiburan TV RTM itu Spider menyanyikan lagu-lagu sepanjang 20 tahun penglibatan dalam muzik bermula daripada album pertama hingga yang terbaharu.[/pullquote]

Ia termasuklah lagu popular Nazra Ku, Lauk ku Cukup Masin, Buat Sang Puteri, Aladin, Tapi Bagimana, Kekal, Cinta Dewa Dewi, Rela ku Pujuk dan Kasih Latifah. Istimewanya penonton turut dihiburkan dengan lagu Dah Ku Faham, Hidupku, dan Waduh Tijah yang dipetik daripada album terbaharu mereka bertajuk “Ankabut”.

Spider turut menampilkan penyanyi Farahdhiya, sebagai artis jemputan. Tam berduet dengan Farahdhiya menyampaikan lagu Dunia Batinku diikuti lagu popular Bertakhta di Hati yang pernah memperkenalkan penyanyi Farahdhiya dalam dunia hiburan ciptaan Tam.

Kumpulan Spider beraksi lincah seperti biasa dan mengekalkan identitinya sebagai kumpulan rock yang memperjuangkan irama ska. Spider terutama vokalisnya Tam tidak menghampakan penonton apabila menari sambil mendendangkan beberapa lagu rancak mereka.




Tetap ramah, persembahannya tidak membosankan apabila Tam dan sesekali Nafie, pemain gitar Spider turut berinteraksi bersama penonton. Lebih istimewa apabila Tam berterus-terang kehadiran ibu, adik-beradik dan keluarganya menyaksikan persembahan pada malam itu.

Tambah menarik selain persembahan nyanyian, dalam konsert ini turut diselitkan dengan tayangan sedutan klip yang mengimbas kembali penglibatan mereka dalam industri hingga kini. Begitu juga pendedahan rahsia setiap anggota Spider antara satu sama lain yang dikongsikan bersama peminat setia mereka.

Tam beraksi dengan artis undangan Farahdhiya

spider selfie bersama peminat

menyanyikan lagu duet Dunia Batinku

Lentera Muzika Spider penghargaan kepada peminat

aksi Tam dalam Lantera Muzika Spider

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Airasia X Landed at The Paradise Island Mauritius

Mini Konsert Adibah Noor INTO THE 3RD DECADE