in , ,

Lemah Bercakap Bahasa Inggeris, Zarina Anjoulie Mahu Ludah Netizen Kutuk Safawi

Umum mengetahui, pemain bola sepak kebangsaan iaitu Safawi Rasid telah membuat keputusan untuk berhijrah ke Portugal. Penghijrahan tersebut adalah bagi menyertai kelab utama Liga Premier iaitu Portimonense SC.

Diperkenalkan secara rasmi bersama pasukan kelab Portugal, Portimonense SC di Stadium Perbandaran Portimao, Portugal baru-baru ini, Safawi menjawab semua soalan dengan baik dalam temuramah yang diadakan dalam bahasa Inggeris.

Bagaimanapun, ada segelintir netizen memperlekehkan penguasaan bahasa Inggeris pemain bola sepak negara. Perkara itu turut mendapat perhatian pelakon sensasi, Zarina Anjoulie yang tampil mempertahankan Safawi.

MUKA DEPAN IG-7

Kata Zarina atau lebih dikenali sebagai Anju, Safawi telah cuba untuk berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dan mahu ‘meludah’ mereka yang mengutuk mahupun menganggu pemain bola sepak itu.

“Siapa kacau sapawi aku nak ludah. Atleast dia cuba cakap English bukan cakap Melayu kat sana. Macam mana nak maju Melayu sikit-sikit nak sindir sikit-sikit nak bahan, biar la dia belajar.

“Power lah juga dia dapat main untuk kelab sana international daripada korang yang terperap je kat rumah tak ada buat apa apa. Sampah punya orang siapa yang duk sindir-sindir dia,” tulisnya.

Menerusi video yang dimuat naik di Instagram, Anju turut memohon orang ramai agar memberikan sokongan padu terhadap individu yang mengharumkan nama negara seperti Safawi.

“Kenapa nak bahan dia, English berterabur sikit nak gelak-gelakkan. Kita patut sokong sesama Malaysia. Dia tengah mengharumkan nama negara kita. Tunjukkan sedikit sokonganlah. Dia dah sampai sana dah sangat bagus,” katanya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Perjuangan Martabat Sastera Dalam Panggung RTM Telemovie PUISI WAN MAINI

Satu Post IG Cristiano Ronaldo Bernilai RM3.69 Juta, Ini Top 20 Dari Kalangan Atlet