in , , ,

Shopping Tanpa Tunai di Legoland® Malaysia Resort Guna Touch ‘n Go eWallet

Nikmati NILAI TERHEBAT di LEGOLAND® Malaysia Resort dengan Touch ‘n Go eWallet – dapatkan diskaun 35% sepanjang lawatan anda!

Bawa keluarga anda bergembira pada musim cuti ini! Touch ‘n Go eWallet, eDompet terkemuka di Malaysia telah memulakan kerjasama dengan taman tema kegemaran Malaysia, LEGOLAND® Malaysia Resort. 

Dengan kerjasama baru ini, Touch ‘n Go eWallet boleh digunakan untuk membeli hampir apa saja dari taman tema berkenaan, seperti tiket masuk, makanan dan minuman, serta barangan cenderamata.

Kerjasama ini berlangsung pada masa yang tepat sekali, dengan rekod pelancongan domestik sebanyak 221.3 juta pelawat pada tahun 2018 * yang akan terus meningkat pada tahun 2019. 

Dari kalangan pelancong domestik ini, 10.4% daripada mereka memilih untuk melakukan aktiviti riadah ketika bercuti.

Ini memberikan peluang kepada Touch ‘n Go eWallet untuk menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia menyertai gaya hidup tanpa tunai walaupun ketika bercuti.

“Kami menjadi lebih bersemangat apabila syarikat seperti LEGOLAND® Malaysia Resort berkongsi visi kami untuk mengorak langkah seterusnya dalam memacu Malaysia ke arah transformasi digital.

Dengan kehadiran kami di lokasi transaksi, kami bukan saja dapat memperluaskan penggunaan Touch ‘n Go eWallet bukan hanya untuk bayaran tol, malah dapat membuktikan  bahawa pembentukan masyarakat tanpa tunai sudah hamper dicapai. 

Digabungkan pulan dengan lonjakan pelancongan domestik dan juga ketibaan musim cuti akhir tahun, kerjasama kami dengan LEGOLAND® Malaysia Resort bermula pada masa yang amat tepat.”  

– Ignatius Ong, CEO TNG Digital Sdn Bhd

“Kami gembira untuk bekerjasama dengan Touch ‘n Go eWallet untuk menawarkan seisi keluarga satu pengalaman yang lebih sempurna di resort kami.

Di LEGOLAND® Malaysia Resort, kami sentiasa menerima teknologi baru dan memperkembangkan tarikan kami supaya semua ahli keluarga dapat meluangkan masa mereka untuk mengukir kenangan manis dan berseronok sambil belajar,”

– Kurt Stocks, Pengurus Besar di LEGOLAND®  Malaysia Resort

Promosi Musim Cuti

Untuk raikan kerjasama ini, semua pelanggan akan dapat menikmati promosi yang berikut sehingga 31 December 2019:

  • Diskaun 35% untuk transaksi sehingga empat (4) tiket harian/tiket kombo LEGOLAND® Malaysia (Dewasa/Anak/Warga Emas) yang dibeli dalam satu resit. Kemasukan hanya sah pada hari pembelian yang sama.
  • ●      Promosi 10% diskaun untuk cenderamata  – Promosi ini boleh dinikmati di semua kedai cenderamata LEGOLAND®  Malaysia Resort kecuali di kedai cenderamata hotel LEGOLAND®. Promosi ini tidak boleh digunakan untuk barangan cenderamata yang sudah dikenakan diskaun.
  • Promosi 10% diskaun F&B – promosi ini adalah sah di semua kedai makanan di LEGOLAND® Malaysia kecuali di Bricks Cafe & Bricks Restaurant di LEGOLAND® Hotel. Diskaun ini tidak termasuk caj perkhidmatan yang dikenakan seperti SST.

Untuk maklumat lanjut, terkini, dan terma & syarat untuk promosi ini, sila layari https://www.tngdigital.com.my/promotions atau https://www.legoland.com.my/.

Pada tahun ini, Touch ‘n Go eWallet telah mengorak langkah meningkatkan kehadirannya di taman teman serta pusat perlancongan, hiburan dan rekreasi di Malaysia. Kerjasama dengan syarikat seperti LEGOLAND® Malaysia Resort, KidZania Kuala Lumpur dan Lost World of Tambun merupakan antara langkah Touch ‘n Go eWallet bagi mempelbagaikan cara memperkenalkan pembayaran tanpa tunai untuk diterima dan diguna pakai oleh generasi yang baru.

Setakat ini, Touch ‘n Go eWallet mempunyai lebih daripada 5.5 juta pengguna dan lebih dari 100,000 rakan niaga.  

Log masuk ke www.facebook.com/touchngoewallet/ untuk maklumat terkini mengenai perklhidmatan mereka dan semua promosi lain. Touch ‘n Go eWallet boleh dimuat turun di Apple App Store dan juga di Google Play Store.

Tentang TNG Digital Sdn Bhd

TNG Digital merevolusikan landskap eWallet dengan menyediakan platform yang dipercayai, pantas dan mudah untuk semua keperluan gaya hidup.  TNG Digital mewujudkan ekosistem tanpa tunai yang cekap yang membolehkan peluang perniagaan yang lebih baik untuk semua.  TNG Digital memenuhi keperluan masyarakat digital yang terus berkembang melalui ekosistem pembayaran yang lancar.  Start-up ini merupakan hasil kerjasama yang berjaya antara Touch ‘n Go Sdn.  Bhd. dan Ant Financial.  

Tentang Touch ‘n Go eWallet

Touch ‘n Go eWallet merupakan dompet elektronik (e-dompet) yang menyimpan wang elektronik (e-wang). Perkhidmatan aplikasi mudah alih ini disediakan oleh TNG Digital Sdn.    Bhd.  (TNGD).   Touch ‘n Go eWallet menyediakan perkhidmatan seperti QR dan pembayaran dalam talian untuk rakan dagang runcit, F&B dan hiburan serta pindahan dana dan pembayaran tol menerusi kaedah”PayDirect” dan RFID. Touch ‘n Go eWallet juga merupakan e-dompet pertama yang memiliki polisi keselamatan dipanggil Jaminan Wang Balik yang memberikan pampasan penuh sekiranya transaksi yang tidak disahkan berlaku. Kaedah pembayaran cepat juga tersedia untuk pengguna dengan menghubungkan kad bank mereka ke eWallet untuk memastikan pengalaman pembayaran yang lancar.

Tentang LEGOLAND® Malaysia Resort 

LEGOLAND® Malaysia Resort menggabungkan Taman Tema LEGOLAND®, Water Park dan Hotel di satu lokasi bertema LEGO®. Ia adalah destinasi percutian keluarga dengan lebih daripada 70 tarikan, luncur, pameran dan tarikan, dan direka untuk keluarga dengan kanak-kanak berusia 2-12 tahun. Ia adalah lokasi pertama sepertinya di Asia dan membawakan pengembaraan, pendidikan dan keseronokan untuk lawatan sehari atau destinasi percutian singkat. LEGOLAND® Malaysia Resort telah menerima anugerah Taman Tema Antarabangsa Inovatif dari Anugerah Brandlaureate Antarabangsa Singapura 2018. Resort ini juga dinamakan salah satu daripada 10 taman hiburan terbaik di Asia oleh TripAdvisor. Dengan pencapaian ini dan banyak lagi yang tidak dinyatakan, LEGOLAND® Malaysia Resort bertujuan untuk terus memperluas dan membawa tambahan baru ke Resort, untuk memastikan ia kekal sebagai permata mahkota Malaysia. 

SEA LIFE Malaysia adalah SEA LIFE pertama yang dibuka di Malaysia, dan terletak berdekatan dengan tarikan Merlin Entertainments yang lain – LEGOLAND® Malaysia Theme Park, LEGOLAND® Water Park dan LEGOLAND® Hotel. Terletak di tengah Iskandar Puteri, akuarium laut yang unik dan interaktif ini menyediakan pengalaman dibawah air yang menyeronokkan dan berpendidikan. Dengan cara penceritaan menarik dan berinteraksi, SEA LIFE Malaysia bertujuan untuk melibatkan diri dan memberi inspirasi kepada kanak-kanak untuk belajar tentang lautan dengan 11 zon habitat yang berbeza.  

Tentang Merlin Entertainments  

MERLIN ENTERTAINMENTS plc adalah nama utama dalam hiburan keluarga berasaskan lokasi. Sebagai pengendali tarikan pengunjung nombor 1 di Eropah dan kedua terbesar di dunia, Merlin kini mengendalikan lebih daripada 120 tarikan, 18 hotel dan 6 taman percutian di 23 negara dan di 4 benua. Syarikat ini bertujuan untuk menyampaikan pengalaman yang hebat dan memuaskan kepada hampir 66 juta pelawat di seluruh dunia, menerusi jenama global dan tempatan yang ikonik dan komitmen serta semangat para pengurus dan 26,000 pekerja mereka (di musim puncak).   

Merlin kini mempunyai lebih daripada 15 tarikan di Asia termasuk jenama terkenal seperti Peppa Pig, Little Big City, Madame Tussauds, SEA LIFE, LEGOLAND® Discovery Centres dan resort LEGOLAND® dengan taman tema, hotel dan water park. Operasi mereka merangkumi 10 negara dan wilayah. Layari www.merlinentertainments.biz untuk maklumat lanjut.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Perang Izzue Islam & Jaa Suzuran Dalam Travelog Masakan RESIPI REZEKI

4.2 Juta Penonton ‘Saranghae’ Lazada 11.11 Super Show