in

Tayangan perdana siri DC’s Legends of Tomorrow

Apabila hero sudah tidak memadai, dunia memerlukan legenda-legenda. Karya daripada pencipta siri The Flash dan Arrow, DC’s Legends of Tomorrow’, siri terbaharu dari DC telah tiba! Tayangan perdana siri DC’s Legends of Tomorrow akan ditayangkan di Warner TV HD (Hypp TV Saluran 613) pada hari tayangan yang sama di Amerika Syarikat pada hari Jumaat, 22 Januari jam 9.00 malam.

DC’s Legends of Tomorrow

[dropcap]S[/dropcap]iri menarik ini yang merangkumi 16 bahagian membawa penonton di Malaysia cerita adiwira serba baharu yang tidak pernah ditonton sebelum ini di televisyen. Sertai Rip Hunter, penyangak pengembara masa menghimpunkan sekumpulan adiwira dan penjahat yang berbeza-beza bagi berhadapan dengan ancaman yang tidak dapat dihalang. Vandal Savage, penjahat paling berkuasa di alam DC Comic telah tiba dan akan mengancam bukan sahaja planet, tetapi juga masa itu sendiri.

Peminat-peminat francais DC kini boleh mengalu-alukan watak kesukaan mereka seperti The Atom, White Canary, Captain Cold dan Heatwave yang akan berganding bahu dalam pertempuran epik antara jahat dan baik. Siri ini juga menyaksikan pengenalan watak baru yang menarik dari dewa DC Comic.

DC’s Legends of Tomorrow memaparkan barisan pelakon yang digemari, antaranya ialah Victor Garber sebagai Dr. Martin Stein (‘The Flash’, ‘Alias’), Brandon Routh sebagai The Atom (‘Arrow’, ‘Superman Returns’), Arthur Darvill sebagai Rip Hunter (‘Doctor Who’), Caity Lotz sebagai White Canary (‘Arrow’), Ciarra Renee sebagai Hawkgirl (‘Pippin’), Falk Hentschel sebagai Hawkman, Franz Drameh sebagai Firestorm (‘Edge of Tomorrow’), serta Dominic Purcell sebagai Heatwave (‘The Flash’, ‘Prison Break’) dan Wentworth Miller sebagai Captain Cold (‘The Flash’, ‘Prison Break’).

Jangan ketinggalan menonton tayangan perdana DC’s Legends of Tomorrow di seluruh Asia pada hari Jumaat, 22 Januari, pukul 9.00 malam secara eksklusif di Warner TV HD (HyppTV Saluran 613) dan aplikasi mobil HyppTV Everywhere. Sehubungan dengan itu, selepas tayangan episod perdana, Warner TV HD juga akan mengudarakan dua tayangan istimewa DC iaitu DC’s Legends of Tomorrow: Their Time is Now Special dan DC Special: DC Films Presents Dawn of the Justice League.

Untuk maklumat lanjut tentang Warner TV, layari www.warnertvasia.com atau laman Facebook Warner TV www.facebook.com/warnertvasia.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Menang Tiket Tayangan Filem OLA BOLA

DJ Lin Mengaku Kini Bercinta Dengan Peminat