in , ,

Layla Sania Melancarkan LAKARAN Versi Audio 8D

Selepas melancarkan single terbarunya yang berjudul “LAKARAN” pada 20 Mac yang lepas, kini pemilik nama sebenar Layla Sania binti Khairuzikri atau lebih mesra disapa sebagai Layla ini bakal muncul dengan single “LAKARAN” versi audio 8D.

Audio 8D atau nama sebenarnya Ambisonic Audio adalah salah satu cara untuk pendengar lebih mendalami muzik yang didengari mereka. Ianya menggunakan kekuatan pembesar suara kanan dan kiri bergilir-gilir melalui fon kepala untuk memberikan pengalaman kepada pendengar seolah olah mereka berada di konsert ataupun di persembahan ‘live’.

“LAKARAN” merupakan ciptaan penuh pencipta dan penggubah lagu Megat Fazly yang juga vokalis kumpulan pop-folk, Mafidz dan pernah menghasilkan lagu buat bintang tersohor, Nur Fazura.

Berbeza dengan single debutnya ‘Que Sera Sera’ yang mengetengahkan muzik rancak, kini menerusi “LAKARAN” Layla mempertaruhkan lagu yang lebih lunak dengan susunan muzik minimalis. Layla yang berbesar hati diberi peluang bekerjasama dengan Megat Fazly dalam lagu“LAKARAN” ini turut menyatakan bahawa taruhan terbaharunya ini tidak lari daripada  genre dan jenis muzik yang diminatinya.

Malah menyifatkan lagu “LAKARAN” yang disadur dengan susunan muzik berasaskan akustik ini menjanjikan bunyi segar dan sesuai dengan jiwanya.

“LAKARAN” versi audio 8D ini boleh didengari di Youtube Warner Music Malaysia pada 24 APRIL 2020 yang lepas. Manakala single “LAKARAN” terbitan dan edaran Warner Music Malaysia ini boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox , Deezer, Joox dan juga Apple Music pada 20 MAC 2019 yang lepas.

MENGENAI LAYLA SANIA

Layla Sania binti Khairuzikri atau nama pentasnya Layla Sania mula terlibat dalam bidang seni sejak berumur 9 tahun. Selain daripada nyanyian, anak muda berbakat besar ini turut bergiat aktif dalam  bidang lakonan, teater dan ‘voice over’. Antara produksi TV lakonannya adalah drama Bangkitnya Seorang Perempuan (2013) dan telefilem Cucu Tok Aki (2012). Bermula dengan menyertai pelbagai jenis program nyanyian sehingga menjuarai pertandingan nyanyian MBP Singing Competition pada tahun 2018, kini Layla aktif memenuhi  undangan nyanyian di seluruh negara. Layla juga baru sahaja muncul dalam program televisyen I Can See Your Voice. Bekas pelajar SMJK(C) Chong Hwa, Kuala Lumpur ini turut mempunyai kebolehan menyanyi dalam bahasa Mandarin dengan fasih dan menulis lirik dalam bahasa Mandarin. Layla Sania menjadikan muzik dendangan penyanyi terkenal antarabangsa Amy Winehouse dan Duffy sebagai sumber inspirasi dan rujukan muziknya. Layla memulakan kerjaya nyanyiannya pada Julai 2019, menerusi lagu ‘Que Sera Sera’ terbitan Warner Music Malaysia.

Anda boleh klik pautan Youtube ini untuk “LAKARAN VERSI AUDIO 8D”: https://youtu.be/MQvz3PrwcVA

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Isu Saman RM1Juta Abu Syafiq, Amin Idris Bersyukur Dapat Sokongan Masyarakat

Amin Idris Lawan Saman RM1juta Abu Syaffiq di Mahkamah