in

Larian Hari Olimpik 2012

McDONALD’S DAN MAJLIS OLIMPIK MALAYSIA BERSEDIA UNTUK SUKAN OLIMPIK 2012 DENGAN LARIAN HARI OLIMPIK

• 12,000 peserta dijangka akan menyertai acara Larian Hari Olimpik
• 13 kategori dengan hadiah wang tunai bernilai RM17,975,00 untuk dimenangi
• Kolaborasi McDonald’s dan Majlis Olimpik Malaysia kali ke-9 dalam acara ini

Pendaftaran untuk Larian Hari Olimpik 2012 kini dibuka dan rakyat Malaysia digalakkan untuk merebut peluang keemasan ini untuk menyertai acara persediaan menuju Sukan Olimpik 2012 di London.

Tarikh akhir penyertaan adalah 24 Jun 2012 ataupun apabila jumlah penyertaan telah mencapai 12,000 orang peserta, mengikut mana yang lebih awal.

Dengan peningkatan populariti terhadap acara tahunan ini, McDonald’s dan Majlis Olimpik Malaysia (“MOM”) menjangkakan kira-kira 12,000 peserta akan menghadirkan diri di Larian Hari Olimpik tahun ini yang akan berlangsung di Dataran Merdeka pada hari Ahad, 8 Julai 2012, bermula 7:00 pagi.

ODR 2011

Para peserta berlepas semasa Larian Hari Olimpik 2011 di Kuala Lumpur.

Borang penyertaan boleh didapati di restoran McDonald’s di Lembah Klang dan ibu pejabat Persatuan Olahraga Amatur Wilayah Persekutuan (“Federal Territory Amateur Athletic Association’s”, FTAAA), ataupun melalui laman web www.mcdonalds.com.my dan www.olympic.org.my, yang juga mengandungi maklumat lanjut berkenaan dengan acara ini.

Semua peserta akan menerima sehelai kemeja-T Larian Hari Olimpik yang eksklusif bersama kupon McDonald’s. Pemenang larian pula berpeluang membawa balik hadiah lumayan, termasuk wang tunai berjumlah RM17,975.00, sijil, baucer hadiah dan hamper McDonald’s.

“Larian Hari Olimpik tahunan ini menyemarakkan semangat Sukan Olimpik secara berterusan. Larian pada tahun ini lebih istimewa lagi kerana ia dianjurkan sebagai salah satu acara utama dalam persediaan ke arah Sukan Olimpik musim panas akan datang. Kami mengalu-alukan penyertaan semua rakyat Malaysia dalam acara ini sebagai tanda sokongan padu kepada pasukan Olimpik kebangsaan kita,” kata Setiausaha Kehormat MOM, Dato’ Sieh Kok Chi.

Sebagai Restoran Rasmi Sukan Olimpik, McDonald’s telah berganding bahu dengan Majlis Olimpik Kebangsaan di seluruh dunia untuk menjayakan acara antarabangsa ini. Di Malaysia, McDonald’s telah bekerjasama dengan MOM sejak 2004 demi meningkatkan semangat kesukanan di kalangan semua lapisan masyarakat.

“Melalui kolaborasi dengan MOM, kami amat berbesar hati untuk menganjurkan Larian Hari Olimpik sekali lagi pada tahun ini demi mengeratkan perhubungan rakyat Malaysia tanpa mengira darjat sosial dan kebolehan individu dan melibatkan mereka dalam Pergerakan Sukan Olimpik,” kata Najat Fuad, Pengarah Komunikasi Korporat McDonald’s Malaysia.

“Kami amat mengalu-alukan penyertaan semua rakyat Malaysia untuk menyahut seruan semangat Olimpik ini, dan menjadikannya pemangkin untuk memulakan gaya hidup yang sihat dan aktif, termasuk mengimbangkan pemakanan dan pengeluaran tenaga,” tambah Najat .

Larian Hari Olimpik 2012 dibahagikan kepada 13 kategori – Kategori Terbuka Lelaki, Terbuka Wanita, Veteran Junior Lelaki, Veteran Senior Lelaki, Veteran Wanita, Junior Lelaki, Junior Wanita, Warga Emas Lelaki, Warga Emas Wanita, Pelajar Lelaki Sekolah Rendah, Pelajar Perempuan Sekolah Rendah, Kategori Pasukan Berkumpulan (untuk 4 orang peserta berumur 15 tahun dan ke atas) dan Kategori Keluarga (untuk 2 orang dewasa dan sehingga 3 orang kanak-kanak berusia 7-14 tahun).

Jarak Larian Hari Olimpik adalah dari 3km hingga 7km, bergantung kepada kategori yang berkenaan.

Yuran penyertaan minimum RM15 ditetapkan untuk pelari golongan dewasa, manakala pelajar dengan chop rasmi pengesahan dari sekolah pada borang penyertaan hanya perlu membayar RM7 semasa berdaftar. Penyertaan berpasukan hanya perlu membayar RM40.00 setiap pasukan, manakala setiap pasukan keluarga pula perlu membayar RM50.00.

Perihal Larian Hari Olimpik
Larian Hari Olimpik bermula pada tahun 1987 sebagai tanda peringatan pengasasan pertubuhan IOC pada 23 Jun 1894 oleh Baron Pierre de Coubertin. Bermula dengan 45 Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan yang mengambil bahagian pada tahun pertama acara ini diadakan, Larian Hari Olimpik bertambah popular di peringkat antarabangsa sehingga kini dengan lebih daripada 100 jawatankuasa yang mengambil bahagian. Sejak ia dimulakan, lebih daripada sepuluh juta orang, termasuk orang kurang upaya, telah mengambil bahagian dalam Larian Hari Olimpik di seluruh dunia.

Perihal McDonald’s dan Sukan Olimpik
Komitmen McDonald’s terhadap Pergerakan Sukan Olimpik bermula pada tahun 1968 apabila pihak syarikat menghantar bekalan burger melalui udara bagi atlit-atlit Amerika Syarikat di Grenoble, Perancis, untuk memuaskan keinginan mereka untuk menjamu makanan tanahair sendiri. Sejak itu, McDonald’s telah menyediakan pelbagai hidangan dalam menu istimewanya kepada berjuta-juta atlit dan jurulatih, termasuk ahli keluarga dan penyokong mereka. Sukan Olimpik London 2012 merupakan kali kesembilan McDonald’s menjadi Restoran Rasmi Sukan Olimpik secara berturut-turut.

 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Baba’s Cu-bits

MIG-29 COCKPIT CHRONO Aviator Watches